(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Sifat-sifat konkrit berkekuatan tinggi yang mengandungi abu sekam padi

Sifat-sifat konkrit berkekuatan tinggi yang mengandungi abu sekam padi / Hannan Ridzuan Ramli
Campuran Konkrit Berkekuatan Tinggi (HSC) dihasilkan menggunakan abu sekam padi (RHA) sebagai bahan ganti simen pada tahap penggantian daripada 5%, 10%, 15% dan 20%. Tahap penggantian RHA memberi kesan kepada kebolehkerjaan, kekuatan mampatan dan pembentukan kekuatan HSC yang dikaji. RHA mengandungi 95% kandungan silika. Ianya dihasilkan dengan membakar sekam padi pada suhu 600C selama 4 jam. Sebanyak 150 sampel konkrit telah disediakan dan diuji pada usia 1, 3, 7, 28, 56 dan 84 hari. Untuk mengkaji kesan penggunaan RHA ke atas sifat-sifat konkrit, Ujian Penurunan, Meja Aliran, Kekuatan Mampatan, Kebolehtelapan, Keliangan dan Halaju Denyut Ultrasonik sampel dijalankan. Keputusan daripada ujikaji menunjukkan penambahan RHA cenderung untuk mengurangkan aliran walaupun nilai penurunan tidak dipengaruhi. Kekuatan mampatan konkrit pada usia awal berkurangan tetapi kekuatan untuk jangka panjang akan meningkat. Konkrit yang mengandungi 10% RHA menunjukkan kekuatan yang paling tinggi pada usia 84 hari. Bagi keliangan dan kebolehtelapan konkrit yang mengandungi RHA pula berkurang berbanding dengan sampel kawalan dari umur 3 hingga 84 hari. Kesan penggunaan RHA juga telah meningkatkan nilai halaju denyut ultrasonik (UPV) untuk konkrit berbanding dengan sampel kawalan. Oleh itu, RHA yang dihasilkan berpotensi digunakan sebagai bahan tambah mineral untuk meningkatkan ciri-ciri dan prestasi konkrit. _______________________________________________________________________________________________________ High Strength Concrete (HSC) mixes were produced using Rice Husk Ash (RHA) as a partial cement replacement material at replacement levels from 5%, 10%, 15% and 20%. The effects of RHA addition on workability, compressive strength and strength development of HSC have been studied. RHA has about 95% silica content. It was produced by burning (calcinations) rice husk at temperature of 600 C for 4 hours. A total of 150 test specimens were prepared and tested at the ages of 1, 3 7, 28, 56 and 84 days. In order to study the effects of RHA inclusion, Slump, Flow Table, Compressive Strength, Permeability, Porosity and Ultrasonic Pulse Velocity tests have been performed. Test results indicate that the inclusion of RHA tends to reduce the flow, although the slump values were not affected. Early age compressive strength was reduced, but long term strength was increased. The concrete containing 10% RHA exhibited the highest 84 days strength. In addition, the porosity and permeability of concrete containing RHA is lower than the control from the age of 3 to 84 days. The effect of RHA seems to increase the UPV of concrete compared to the control. Therefore, the RHA produced could be potentially used as a mineral admixture, to improve the properties and performance of concrete.
Contributor(s):
Hannan Ridzuan Ramli - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875000057
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
(HSC); (RHA); cement
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
9/15/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 114
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-15 17:13:04.789
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Sifat-sifat konkrit berkekuatan tinggi yang mengandungi abu sekam padi1 2020-09-15 17:13:04.789