Bilangan penumpang yang menggunakan sistem kereta api di Kuala Lumpur
semakin meningkat dari tahun ke tahun dan stesen kereta api yang sedia ada pada masa
kini telah semakin sesak. Dengan peningkatan permintaaan ruang dalam stesen,
keupayan satu stesen untuk mengendalikan jumlah penumpang yang besar ini sering
disoalkan. Kajian mengenai ciri-ciri pejalan kaki di dalam stesen kereta api bukan sahaja
dapat membantu untuk memahami trafik pejalan kaki di dalam satu stesen tetapi juga
dapat membantu semasa mereka bentuk stesen yang bakal dibina. Semua yang
dinyatakan di atas boleh dicapai kerana infomasi dapat diberi kepada pereka untuk
mereka satu kawasan yang sesuai bagi pejalan kaki dengan ciri-ciri yang didapati dari
kajian. Dalam kajian ini, data telah dikumpul melalui rakaman video dari televisyen litar
tertutup yang disediakan oleh pihak Prasarana Berhad Malaysia. Rakaman video ini telah
merakan aktiviti pejalan kaki semasa berjalan di dalam satu ruang legar yang terletak di
dalam stesen transit aliran ringan di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur pada 29 Januari
2015. Data yang diekstrak telah digunakan untuk mendapat kelajuan pejalan kaki
berjalan dan juga perkadaran perjalan kaki di setiap laluan dan hala. Dari segi kelajuan
berjalan, pejalan kaki berjalan lebih cepat ke arah koridor berbanding dengan ke arah
pusat beli belah. Analisis juga menunjukkan bahawa pejalan kaki melencong ke tengah
ruang lebar dan juga jalan di sisi kiri. Situasi ini mungkin disebabkan cara memandu
yang diamalkan oleh warganegara Malaysia. Semua dapatan dari kajian ini termasuk
dapatan yang akan bakal dibincang dalam disertasi ini amat berguna untuk memahami
ciri-ciri pejalan kaki berjalan di dalam satu ruang yang terbatas di stesen kereta api.
Semua hasilan dari kajian ini juga dapat digunakan untuk kajian ciri-ciri pejalan kaki
berjalan pada masa hadapat dan juga dapat memberi data yang penting untuk reka bentuk
stesen kereta api yang bakal dibina
_______________________________________________________________________________________________________
The ridership of rail-transit system in Kuala Lumpur is increasing from year to
year and the existing stations are getting more and more crowded as well. With the
increasing space demand of the station, the ability of a station to handle such huge
volume of pedestrians may be questioned. Study of the pedestrian walking characteristic
in a train station may not only helps to reveal the current pedestrian traffic but may also
help in future station design. These are achievable because it provides information for
the designer to design an area that suit with current local pedestrian walking characteristic.
In this study, data were collected through a closed-circuit television's footage provided
by Prasarana Berhad Malaysia. This video footage had recorded the pedestrian walking
activities in a concourse area inside the Kuala Lumpur City Centre underground light rail
train station on 29 January 2015. The extracted data were analysed to determine the
pedestrian walking speed and proportion of pedestrian in each path and direction. In term
of walking speed, the analysed results showed the pedestrian walked faster toward
corridor than walked toward shopping complex. The analysed results also showed that
pedestrian tends to in the middle of the concourse area and the pedestrian also tends to
walk on the left side of their path, which might probably be influenced by the Malaysian
driving style. These finding, included the finding that explained in this study soon are
useful to understand the pedestrian walking behaviour in a confined area inside a train
station. These findings also can help for future pedestrian walking behaviour study and
provide important data for future facilities design.