Thesis ini menerangkan analisis imej C-scan dari ujikaji ultrasonik untuk menganggar peratusan kecacatan yang terdapat di dalam panel komposit dan juga keluasan kecacatan secara keseluruahan and individu. Komposit kian telah mendapat sambutan yang baik dalam sektor-sektor dan industri-industri yang berbeza terutamanya di dalam industri aeroangkasa disebabkan oleh sifat-sifat mekanikal yang baik, ringan dan tahan kakisan. Namun demikian, kelemahan utama dalam penggunaan komposit adalah pemeriksaan kecacatan di dalam panel komposit. Terdapat banyak kaedah ujikaji tanpa musnah yang digunakan dalam industri-industri seperti ujian cecair penetrant, ujian arus eddy and ujian radiografi. Ujikaji ultrasonik adalah salah satu ujikaji tanpa musnah yang popular digunakan di industri untuk pemeriksaan komposit. Ujikaji ultrasonik menghasilkan keputusan ujikaji dalam bentuk warn kontur atau dikenali sebagai imej C-scan yang menggambarkan kecacatan yang terdapat di dalam panel komposit. Terdapat banyak informasi yang boleh diekstrak dan diproses untuk menganggar luas kecacatan, peratusan kecacatan, jenis kecacatan dan kedalaman kecacatan. Kajian telah dijalankan untuk menganggar peratusan kecacatan and keluasan kecacatan secara keseluruhan and individu berdasarkan imej C-scan yang diperolehi dari ujikaji ultrasonik dengan menggunakan ‘Image Processing Tool’ dari MATLAB. Kod telah dihasilkan untuk memproses imej C-scan and mengekstrakkan informasi untuk menganggar peratusan dan keluasan kecacatan. Proses ini termasuk penukaran jenis imej dan pemilihan nilai ambang yang sesuai. Keputusan ini sangat berguna di industri dalam penggredan panel komposit. Setiap industri mempunyai standard masing-masing dalam menentukan kualiti komposit dari segi jumlah kecacatan di dalam panel komposit. Melalui cara ini, ujikaji ultrasonik boleh dilaksanakan untuk menentukan gred panel komposit dengan menjalakan pemeriksaan kecacatan dari imej C-scan dengan kod yang dijanakan.
___________________________________________________________________________________
This thesis describes the analysis of C-scan image from ultrasonic testing in estimating the area of the defects in a composite panel. Composite has gained popularity in many different sectors and industries due to its exceptionally good mechanical properties, light weight and corrosion resistance especially in aerospace industry. However, one of the major downside of composite is identification the quality of a composite panel. There are many non-destructive test (NDT) methods used in the industry such as liquid penetrant inspection, eddy current testing and radiography testing. Ultrasonic testing is one of the most popular NDT methods used in industry to inspect a composite. Ultrasonic testing produces result in terms of colour contour images, known as C-scan image to show the defect exist in the composite panel. There are much potential information that can be extracted from C-scan image such as area of defect, percentage of defect, the type of defect and the depth of defect. A research was carried out to estimate the percentage of defect and area of total and individual defect based on C-scan image obtained from ultrasonic testing. C-scan image was process by using Image Process Tool in MATLAB. A coding was generated to study and process the C-scan image to extract the necessary information to estimate the percentage defect and area of the defect. The process includes the conversion of type of image and selection of appropriate threshold value. This result obtained is useful for the industry in grading the quality of composite panel. Different industries have certain percentage of allowable defect in composite panel. Through this method, ultrasonic testing can be carried out to determine the quality of the composite panel by inspecting the C-scan image with the method developed in this project.