ICE-51 (8051 In-Circuit-Emulator) merupakan satu alat
pembangunan dan 'debugging' bagi sistem yang berasaskan
mikropengawal keluarga MCS-51. Projek ini dijalankan agar
satu ICE-51 yang murah dan ringkas dapat dihasilkan.
Segala pelaksanaan fungsinya boleh dikawal menerusi papan
} kunci komputer dengan adanya perhubungan siri di antara
sistem ini dengan komputer. Antara kemudahan yang didapati
pada sistem ini ialah: memindahkan (download) suatu
aturcara daripada komputer kepada ingatan ICE-51;
pelaksanaan aturcara-terpindah di atas prototaip pengguna
dalam tiga mod iaitu berterusan, titik-henti dan langkahtunggal;
dan memaparkan kandungan-kandungan daftar fungsi
khas (5F/?s) 'mikropengawal . Projek ini telah melibatkan 2
aspek yang penting iaitu perkakasan dan perisian. Bahagian
perkakasan telah dibuat dengan menggunakan mikropengawal
8031 sebagai CPUnya. Perisian sistem pula boleh
dibahagikan kepada bahasa penghimpun dan bahasa peringkat
tinggi. Aturcara bahasa penghimpun MCS-51 telah dituliskan
(burn-in) ke dalam ingatan aturcara sistem manakala bahasa
peringkat tinggi C pula ditulis dengan tujuan untuk membina
satu menu maklumat pada skrin monitor. Pada
keseluruhannya/ projek ini dapat melakukan pelagakan
(emulation) ke atas aturcara-aturcara pengguna yang
ringkas.
ICE-51 (8051 In-Circuit-Emulator) merupakan satu alat pembangunan dan 'debugging' bagi sistem yang berasaskan mikropengawal keluarga MCS-51; memindahkan (download) suatu
aturcara daripada komputer kepada ingatan ICE-51; pelaksanaan aturcara-terpindah di atas prototaip pengguna dalam tiga mod iaitu berterusan, titik-henti dan langkahtunggal; dan memaparkan kandungan-kandungan daftar fungsi khas (5F/?s) 'mikropengawal ; pelagakan (emulation) ke atas aturcara-aturcara pengguna yang ringkas.