(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Rekabentuk bangunan pejabat dua tingkat dengan menggunakan staad-iii dan secara manual

Rekabentuk bangunan pejabat dua tingkat dengan menggunakan staad-iii dan secara manual / Mohd Rashwan Arshad
Penggunaan rekabentuk struktur konkrit telah digunakan secara meluas. Malah rekabentuk yang dihasilkan meningkat dari semasa ke semasa dengan terciptanya pelbagai perisian komputer. Oleh itu dalam kajian yang dijalankan ini semua elemen struktur bangunan yang direkabentuk merupakan struktur konkrit bertetulang yang direkabentuk berdasarkan keadaan had muktamad merujuk kepada BS 8110 : Bahagian 1 : 1997. Dalam projek ini, kajian tertumpu kepada rekabentuk bangunan konkrit pejabat dua tingkat dengan menggunakan perisian STAAD – III dan juga secara manual. Keputusan yang diperolehi berdasarkan perisian STAAD – III dan manual dibandingkan secara relatif berdasarkan nilai daya ricih dan momen lentur pada penyokong dan pertengahan rentang, jumlah luas keratan rentas serta saiz tetulang yang dibekalkan kepada anggota struktur. Berdasarkan output daripada perisian STAAD – III, penentuan kos dilakukan terhadap struktur utama bangunan. Laporan ini juga membincangkan langkah-langkah serta kaedah pemodelan struktur yang digunakan dalam perisian STAAD – III serta kelebihan dan kelemahannya sebagai perisian untuk analisis dan juga rekabentuk struktur. Berdasarkan kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa purata peratus perbezaan momen dan daya ricih bagi kedua-dua kaedah yang digunakan iaitu STAAD – III dan rekabentuk secara manual adalah tidak melebihi 35%. Perbandingan di antara purata luas keratan rentas tetulang utama juga tidak menunjukkan julat perbezaan yang begitu besar iaitu kurang daripada 20%. Keputusan daripada beberapa kes yang dijalankan menunjukkan keberkesanan serta keupayaan STAAD – III sebagai perisian untuk analisis dan merekabentuk struktur. _______________________________________________________________________________________________________ The application of a reinforced concrete structure design has been used widely. In this research, all the structures element have been design as reinforced concrete based on the ultimate limit state philosophy employed in BS 8110 : Part 1 : 1997. The main objective of this project is to design double storey concrete office building and its comparison with manual calculation. The result will be compared in term of the shear force, the bending moment on the main support as well as the mid-span and the total cross section area of the main reinforcement required. Hence, the main building structure cost can be determined from the STAAD-III output. This report also discuss the procedures and methods of structural modeling used in STAAD-III as well as the advantages and disadvantages of the STAAD-III software as a tool to analyze and design. The result shows that the average of percentage differences in the shear force and the bending moment for both method does not exceed more than 35%. Hence, the comparison between the average cross section of main reinforcement also does not shows very much difference which is less than 20% from the manual. It can be concluded that the STAADIII software has the capability to analyze and design structures.
Contributor(s):
Mohd Rashwan Arshad - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875001971
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
concrete; structure; design
First presented to the public:
4/1/2005
Original Publication Date:
10/1/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 153
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-10-01 17:01:10.028
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Rekabentuk bangunan pejabat dua tingkat dengan menggunakan staad-iii dan secara manual1 2020-10-01 17:01:10.028