(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Rehabilitation of fire damaged reinforced concrete columns using ultra high performance fibre reinforced concrete / Mohd Zulham Affandi Mohd Zahid

Rehabilitation of fire damaged reinforced concrete columns using ultra high performance fibre reinforced concrete_Mohd Zulham Affandi Mohd Zahid_A9_2020_MYMY
Tujuan kajian ini adalah untuk menyiasat potensi penggunaan konkrit berprestasi ultra bertetulang serat (KBUBS) sebagai bahan untuk membaiki tiang pendek konkrit yang cacat disebabkan kebakaran. Sebelum ini, pengkaji menggunakan Polimer Bertetulang Serat (PBS) untuk membaiki tiang konkrit yang rosak disebabkan kebakaran, tetapi mereka mendapati ia tidak dapat menggembalikan keupayaan menanggung beban tiang konkrit segi empat yang terlibat. Tambahan lagi, PBS juga tidak dapat meningkatkan kekukuhan tiang bulat dan segi empat yang cacat disebabkan kebakaran. KBUBS menunjukkan kekuatan ikatan yang cemerlang dengan konkrit yang cacat kerana kebakaran dan kemampuannya untuk memulihkan keupayaan galas beban tiang konkrit tersebut. Namun, tiada bukti kajian makmal menunjukkan kesan lapisan KBUBS dalam meningkatkan sifat mekanikal tiang konkrit bertetulang yang cacat kerana kebakaran. Dalam kajian ini, empat puluh empat (44) spesimen tiang konkrit bertetulang telah dipanaskan pada suhu 600oC selama dua jam dan diuji dibawah beban mampatan. Semua spesimen tiang telah diuji dibawah beban mampatan ekapaksi. Tegasan dan terikan telah diukur dan direkodkan menggunakan LVDT dan tolok terikan pada titik yang kritikal. Tiga pembolehubah yang dipertimbangkan ialah geometri tiang, (keratan rentas segiempat sama dan bulat), ketebalan bahan baik pulih dan amaun serat di dalam KBUBS. Didapati bahawa peningkatan ketebalan jaket KBUBS dan kandungan serat keluli telah meningkatkan kapasiti galas beban, kekukuhan dan kemuluran tiang konkrit bulat dan empat segi sama. Kajian ini mencadangkan untuk menggunakan jaket KBUBS dengan ketebalan 20 mm dan 2% kandungan serat keluli untuk membaiki tiang konkrit yang rosak disebabkan kebakaran. Kesimpulannya, penggunaan KBUBS sebagai bahan baik pulih di dalam kaedah jaket adalah satu kaedah yang effektif untuk membaik pulih tiang pendek bertetulang yang rosak disebabkan kebakaran.. _______________________________________________________________________ The aim of this study is to investigate the potential use of UHPFRC as a repair material for fire damaged reinforced concrete (RC) short columns. Previously researchers used Fibre Reinforced Polymer (FRP) to repair fire damaged RC columns but they found that it cannot reinstate the original load carrying capacity of the affected square columns. Moreover, FRP also failed to improve the stiffness of fire damaged square and circular RC columns. UHPFRC has shown an excellent bond strength with fire damaged concrete and its ability to recover the load bearing capacity of the fire damaged RC columns. However, there is no experimental evidence on the effect of UHPFRC layer in enhancing mechanical properties of fire damaged RC column. In this current study, forty four (44) specimens RC short columns were heated at 600oC for two hours and tested under compression load. All the RC short column specimens were tested under uniaxial compression load. Stress and strain were measured and recorded using LVDTs and strain gauges at the critical points. Three variables were considered namely geometry of column (square and circular cross section), thickness of repair material and the amount of fibre in UHPFRC. It was found that the increase of UHPFRC jacket thickness and steel fibre content have significantly improved the load bearing capacity, stiffness and ductility of fire damaged RC square and circular columns. This study proposes to use 20 mm thick UHPFRC jacket with 2% steel fibre to repair fire damaged RC columns. In conclusion, the use of UHPFRC as repair material in jacketing technique is one of effective repair material to retrofit fire damaged RC short columns.
Contributor(s):
Mohd Zulham Affandi Mohd Zahid - Author
Primary Item Type:
Thesis
Identifiers:
Accession Number : 875008823
Language:
English
Subject Keywords:
UHPFRC; specimens; stiffness
Sponsor - Description:
Pusat pengajian Kejuruteraan Awam -
First presented to the public:
2/1/2020
Original Publication Date:
7/23/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 231
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-07-23 11:12:19.391
Submitter:
Mohamed Yunus Yusof

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Rehabilitation of fire damaged reinforced concrete columns using ultra high performance fibre reinforced concrete / Mohd Zulham Affandi Mohd Zahid1 2020-07-23 11:12:19.391