(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Reka bentuk sebuah penukar analog-digital pendaftar penghampiran berturutan 8-bit / Yap Jee Jean

Reka bentuk sebuah penukar analog-digital pendaftar penghampiran berturutan 8-bit_Yap Jee Jean_E3_2008_875002402_00003068442_NI
Pelbagai barangan elektronik seperti mikro prosesor, aplikasi suara dan video dan perhubungan wayarles telah mendominasi pasaran semikonduktor kini. Peningkatan dalam permintaan terhadap rekabentuk isyarat-campur telah menyebabkan bidang rekabentuk isyarat-campur menjadi kompetitif. Penukar analog-digital banyak digunakan dalam litar isyarat-campur, oleh itu, rekabentuk untuk sesebuah penukar analog-digital adalah critical. Disebabkan oleh pergerakan aliran teknologi yang mendadak hari ini, satu converter analog-digital yang berkualiti perlulah mempunyai kadar pensampelan yang tinggi, peleraian yang tinggi dan penggunaan kuasa yang rendah. Tesis ini menbentangkan pelaksanaan dan penyelakuan sebuah penukar analogdigital 8-bit dalam aras transistor. Reka bentuk ini berdasarkan pendekatan pendaftar penghampiran berturutan. Teknologi Silterra CMOS dalam 0.18μm digunakan. Keseluruhan gambar rajah blok penukar analog-digital dikaji. Bab 3 menunjukkan pelaksanaan penukar analog-digital dengan menggunakan perisian Cadence Virtuoso. Kaedah bawah atas telah digunakan. Blok-blok dalam penukar analog-digital dilaksanakan dan penyelakuan dijalankan secara berasingan sebelum disepadukan untuk menjadi sebuah penukar analog-digital yang lengkap. Blok-blok utama penukar analogdigital terdiri daripada sebuah pembanding gelung-buka, kawalan logik yang berdasarkan penghampiran berturutan, litar sampel dan pegang, dan penukar digitalanalog litar tangga. Fungsi dan prestasi penukar anlog-digital tersebut dikaji dalam bab 4. Parameter penukar analog-digital seperti kejituan, peleraian, ketaklelurusan kamiran, ketaklelurusan kebezaan, dan kadar pensampelan diukur. Hasil daripada penyelakuan menunjukkan pembaikan adalah diperlukan. Walau bagaimanapun, kelakuan penukar analog-digital telah disahkan mengikut kehendak pengguna. Kadar pensampelan didapati megikut keperluan, tetapi kejituan penukar analog-digital tersebut gagal untuk memenuhi keperluan. Ini disebabkan oleh ralat offset dan ralat gandaan peranti tersebut. Walau bagaimanapun, reka bentuk penukar analog-digital berdasarkan pendaftar penghampiran berturutan dikatakan berjaya disepadukan dan diuji. _________________________________________________________________________________________ The market of semiconductor field is dominated with different kinds of electronic devices such as microprocessor, video-audio applications, wireless communication, etc. The increasing demand for mixed-signal design makes design of an effective mixed-signal device becomes competitive. Analog-to-digital converters (ADCs) are widely used in mixed-signal circuits; therefore designing a good ADC is critical. Due to impressive improvement of technology today, a comparative ADC needs to have high sampling rate, high resolution and low-power consumption. This thesis presents the transistor-level implementation and simulation of a 8-bit successive approximation register (SAR) ADC schematic in 0.18μm Silterra CMOS technology. Overall block diagram and principle of the SAR ADC is studied. Chapter 3 shows the implementation of the SAR ADC schematic using Cadence Virtuoso software. A bottom-up methodology is used, where the blocks are implemented and simulated individually before integrating into an SAR ADC. The SAR ADC contains four major blocks: open-loop two-stage comparator, SAR control logic, sample and hold circuit with clock booster and R-2R ladder digital-to-analog converter. The functionality and performance of the ADC is investigated. ADC parameters such as accuracy, resolution, integral non-linearity, differential non-linearity and sampling rate are measured. The outcome for the simulations shows room for improvement. However, the behavior of the SAR ADC is verified. The sampling-rate of the ADC meets the requirement, but the accuracy of the SAR ADC fails to fulfill the requirement due to offset error and gain error of the device. Within the limitations of the research, the transistor-level circuit design of an SAR ADC is found to be successfully integrated and tested.
Contributor(s):
Yap Jee Jean - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875002402
Language:
English
Subject Keywords:
video-audio applications; wireless communication; mixed-signal circuits
First presented to the public:
5/1/2008
Original Publication Date:
9/21/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 106
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-09-24 11:38:25.862
Date Last Updated
2019-01-07 11:24:32.9118
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Reka bentuk sebuah penukar analog-digital pendaftar penghampiran berturutan 8-bit / Yap Jee Jean1 2018-09-24 11:38:25.862