Satu kaedah baru dalam industri pembinaan telah ditemui, iaitu kerja-kerja
acuan plastik yang mudah digunakan dan kebolehlenturan membrannya yang boleh
mengawal ubah bentuk dibawah beban mati yang disebabkan konkrit basah. Kaedah
ini digunakan untuk menggantikan kerja-kerja acuan lama yang mempunyai banyak
masalah kepada industri pembinaan. Ini menjadi satu kelebihan dalam aplikasi kerjakerja
arkitek, kejuruteraan, dan teknologi pembinaan di dalam asas pembangunan
ekonomi. Penglibatan kos yang rendah dan penggunaanya yang boleh digunakan
semula beberapa kali telah menjadi satu pilihan dalam aplikasi pratempaan dan
tempaan sepenuhnya. Kaedah ini telah dibangunkan untuk asas pembuatan fabrik,
dinding, slab, tiang dan rasuk. Kesenangan membran yang membenarkan gelembunggelembung
udara dan lebihan campuran air untuk keluar, telah menghasilkan
ketidakcacatan pada konkrit dan juga kandungan simen yang optimum, menyebabkan
konkrit menjadi lebih kuat dan tahan lama. Pembinaan struktur bangunan lebih efisien
kerana ia mudah direkabentuk, mengurangkan beban mati dan menjimatkan kos
material. Pada masa ini kerja-kerja acuan banyak menggunakan kerja-kerja acuan
kayu. Ciri-ciri kayu yang sensitif terhadap kelembapan, senang bengkok, meleding
dan mengubah bentuk permukaan konkrit, memberi kesan terhadap konkrit. Selain
itu, kayu susah hendak dibersihkan, senang rosak, patah, dan apabila ini berlaku, kayu
tidak boleh dibaiki dan mestilah menggunakan kayu yang lain. Penggunaan kayu yang
berulang kali boleh menyebabkan permukaan konkrit rosak, kerana permukaan kayu
yang tidak baik dan senang tercalar. Kegunaan plastik telah banyak digunakan pada
masa kini, dan salah satu jenis plastik yang sering digunakan ialah dari jenis
polypropylene (PP). Plastik jenis ini senang didapati dalam pasaran.
_______________________________________________________________________________________________________
A new construction method replacing rigid formwork panels with flexible
textile membrane that deflects under the dead weight of wet concrete, provide
numerous advantages and opportunities for architecture, engineering, and construction
technology in both advanced and basic building economies. Inexpensive formwork
fabrics provide the options of sacrificial or reusable formworks in both precast and
cast-in-place applications. A method has been developed for fabric-cast foundation,
walls, columns, capitals, slab, and beam. Permeable membranes allow air bubbles and
excess mix water to bleed out, producing a flawless, cement-rich finish and stronger
and more durable “case hardened” concrete. Structurally efficient variable section
members are easily formed, reducing dead weight and material expenses. Most
formwork panels these days are faced with plywood. Plywood is sensitive to moisture
and can swell, warp and discolour the concrete surface. Plywood is difficult to clean,
is easily damaged in use, and can only be repaired at some expense and not without
visible traces. For several years now, formwork panels with plastic surface – mainly
made of polypropylene (PP) – have also been available on the market. Although these
overcome the problems associated with plywood, they are very sensitive to scratching
and in many cases, after only relatively few uses, are unable to guarantee a smooth
concrete surface.