(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Chemical Engineering >

Removal of methylene blue using dried leaves

Removal of methylene blue using dried leaves / Ummi Salamah Zahari
Perwarna adalah kelas penting bagi bahan organik sintetik berwarna yang digunakan dalam pelbagai industri, terutamanya dalam industri tekstil. Matlamat kajian ini adalah untuk menyingkirkan perwarna kationik (metilena biru) daripada larutan akueus dengan menggunakan penyerap kos rendah dan mesra alam, daun kering (DK). Daun kering (DK) adalah sisa pertanian yang banyak terdapat di Malaysia. Kecekapan penyingkiran dan kesan parameter pada kecekapan penyingkiran metilena biru (MB) oleh DK di bawah kaedah penjerapan kelompok telah dikaji. Eksperimen batch dijalankan untuk mengkaji kesan pembolehubah termasuklah kesan dos penjerap (0.05-2.0g), kepekatan awal MB (20-200mg/L), suhu (30-53°C), dan pH awal bagi larutan (2-11). Eksperimen penjerapan dengan menggunakan DK menghasilkan kecekapan penyingkiran MB yang lebih tinggi antara 85% hingga 98% bagi dos penjerap sebanyak 0.05-2.0 g. Dari hasil eksperimen, didapati penjerapan MB meningkat apabila dos penjerap meningkat. Penyingkiran MB menurun apabila meningkatkan kepekatan awal MB, suhu dan pH. Penyingkiran MB dengan menggunakan dos optimum 0.3 g penjerap DK mencapai 98.25%. _______________________________________________________________________________________________________ Dyes are an important class of coloured synthetic organic compound that used and applied in various industries, especially in textile industry. The aim of this study was to remove cationic dye (methylene blue) from aqueous solution using a low-cost and eco-friendly adsorbent, dried leaves (DLs). Dried leaves (DLs) are agricultural waste largely available in Malaysia. The removal efficiency and operational parameters effects of DLs on methylene blue (MB) removal efficiency under batch adsorption method was investigated. The batch experiments were carried out to study the effects of the following variables included the adsorbent dosage (0.05-2.0 g), initial MB concentration (20-200mg/L), temperature (30-60°C) and initial pH solution (2-11). Adsorption experiments using DL resulted in higher methylene blue (MB) removal efficiency ranging from 85 to 98% for 0.05-2.0 g of adsorbent dosage. From the experiments result, it was found that MB adsorption increased with increasing the adsorbent dosage. MB removal decreased with increasing the initial MB concentration, temperature and initial solution pH. The MB removal using optimum dosage at 0.3 g of adsorbent was achieved at 98.25%.
Contributor(s):
Ummi Salamah Zahari - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875008133
Language:
English
Subject Keywords:
Dyes; coloured; textile
First presented to the public:
6/1/2019
Original Publication Date:
6/28/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Chemical Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 45
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-07-01 17:04:33.416
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Removal of methylene blue using dried leaves1 2019-07-01 17:04:33.416