Karbon Monoksida merupakan sejenis gas yang merbahaya kepada kesihatan manusia. Gas ini sukar dikesan kerana sifatnya tidak berbau, tidak berwarna dan tidak mempunyai rasa. Kajian ini ialah membangun satu sistem pengukuran dan pengawasan kepekatan gas Karbon Monoksida yang mudah alih dengan tidak perlu bergantung kepada penggunaan komputer dan perisian. Bagi membangunkan sistem ini, beberapa modul perkakasan telah digunakan seperti mikropengawal PIC 16F877, skrin LCD, Op-Amp, penderia suhu dan penderia karbon monoksida. Secara amnya, sistem ini bermula daripada pengesan gas karbon monoksida kepada Op-Amp yang akan menghasilkan voltan keluaran yang sesuai dengan 0 – 5 Volt dalam bentuk analog. Kemudian isyarat ini akan dibaca oleh mikropengawal dan isyarat analog ini akan ditukar kepada isyarat digital. Mikro pengawal akan mengukur kepekatan gas karbon monoksida dalam unit bahagian per sejuta (PPM, part per million) dan memaparkannya dalam paparan LCD. Sistem ini akan memberi amaran kepada pengguna sekira kepekatan gas karbon monoksida mencapai paras yang telah ditentukan oleh pengguna. Kajian ini juga mengkaji penggunaan sistem pengukuran kepekatan karbon monoksida yang mudah alih ini dalam bidang tertentu seperti penggunaan dalam rumah dan industri.
______________________________________________________________________________________
Carbon monoxide is a type of hazardous gas which causes health problems to human beings. It is hardl to trace because it is an invisible, odourless and colourless gas. This research is to construct a portable system for monitoring and measuring carbon monoxide concentration. This portable carbon monoxide sensor system is independent of computer. For developing this system, there are some hardwares and components need to be used like PIC 16F877, LCD Screen, Op-Amp, carbon monoxide sensor and temperature sensor. Firstly, the output from the carbon monoxide signal conditioning will be in analog voltage which from 0-5V. This signal then will be read by PIC microcontroller and convert the analog signal to digital signal. Then measurement for gas carbon monoxide is PPM and the result will be displayed at LCD screen. This system will give warning to user if the concentration of the gas carbon monoxide is over a threshold value.