Litar bersepadu gelombang mikro monolitik penguat hingar rendah (MMIC LNA) adalah projek di bawah Telekom Research & Development Sdn. Bhd (TMR&D). Teknologi 0.15 μm GaAs pHEMT digunakan untuk mereka bentuk litar-litar LNA pada frekuensi yang rendah iaitu 2.4GHz dan 3.5GHz. LNA adalah satu penguat elektronik yang dikehendaki dalam sistem-sistem penerima untuk meningkatkan amplitud isyarat-isyarat yang bertahap rendah daripada antena tanpa menambah hingar yang terlalu banyak. Aplikasi bagi LNA adalah wayarles. Perisian “Advance Design System (ADS)” digunakan untuk mensimulasi litar dan melaksanakan bentangan reka bentuk. LNA adalah direkabentuk dengan menggunakan topologi kaskod dengan teknik suapbalik yang boleh memberikan padanan lebih baik dan kestabilan tidak kira apa-apa keadaan sepanjang seluruhan frekuensi-frekuensi. Untuk 2.4GHz, penguat ini mencapai gandaan kuasa 14.949 dB, angka hingar 1.951dB dan input pekali pantulan -10.419 dB. Dengan bekalan voltan pengendalian di 3V, jumlah penggunaan arus adalah 13 mA. Walaupun gandaan yang diperolehi tidak berada dalam lingkungan 16dB – 23dB, nilai ini masih boleh diterima. Untuk 3.5GHz, penguat ini mencapai gandaan kuasa 22.985 dB, angka hingar 1.964dB, input pekali pantulan -12.427 dB dan penggunaan arus adalah 18 mA.
_________________________________________________________________________________________
Monolithic microwave integrated circuit low noise amplifier (MMIC LNA) is project offered by Telekom Research & Development Sdn. Bhd (TMR&D).In this project, the LNAs was designed using the 0.15 μm GaAs pHEMT technology. The operating frequencies were 2.4GHz and 3.5GHz. LNA is an electronic amplifier that is required in receiver systems to increase the amplitude of the very low level signals from the antenna without adding too much noise. LNA is for wireless application. Software Advance Design System (ADS) was used to simulate the circuit and design the layout. LNA was designed using cascode topology with feedback techniques which produces better matching and unconditionally stable over the entire desired frequencies. For the 2.4GHz operation, the amplifier achieves gain of 14.949 dB, noise figure of 1.951dB and input reflection coefficient of -10.419 dB. With operating voltage supply at 3V, the total current consumption is 13 mA. Although the gain obtained is not within the specs 16dB – 23 dB, the value is acceptable. For cascade 3.5GHz, the amplifier achieves gain of 22.985 dB, noise figure of 1.964dB, input reflection coefficient of -12.427 dB and current consumption of 18 mA.