(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Energy management system in building

Energy management system in building / Clifford Jukinol
Penjimatan tenaga adalah satu kebimbangan utama dalam bangunan. Oleh kerana sebahagian besar penggunaan tenaga dalam bangunan adalah disebabkan oleh penggunaan penghawa dingin, sistem penjimatan tenaga yang berkesan harus dibangunkan untuk bangunan. Untuk penghawa dingin di dalam bangunan, strategi kawalan termal yang digunakan adalah dengan menetapkan agar penghawa dingin tersebut mengekal suhu ke suhu tetap yang dipanggil ‘set point’. Pada masa sekarang, masalah utama yang dihadapi oleh bangunan sekolah EE ialah pembaziran dalam penggunaan tenaga, penggunaan penghawa dingin yang tidak effisen dengan menetapkan tetapan suhu yang paling rendah di penghawa dingin merupakan faktor utama yang menyumbangkan pembaziran tenaga. Amalan penggunaan penghawa dingin yang effisen dan strategi yang baru harus dilaksanakan di dalam bangunan sekolah EE, dengan perlaksanaan ini, peluang untuk penjimatan penggunaan tenaga dapat dikenal pasti. Dalam projek ini, sebuah sistem telah dibangunkan dengan menggunakan mikrokontroller Arduino yang dapat mengesan suhu persekitaran dalam masa sebenar dan mengubah suis penghawa dingin (ON/OFF) secara automatik, jika suhu bilik adalah kurang daripada atau sama dengan 24°C suis penghawa dingin tersebut akan ditutup, dan jika suhu bilik adalah lebih daripada atau sama dengan 26°C suis penghawa dingin tersebut akan dibuka. Dengan kontroller ini, tenaga boleh dijimatkan berdasarkan proses penghawa dingin dalam keadaan suis tutup. Pelbagai analisis dan kajian telah dilaksanakan untuk mengira penjimatan tenaga dalam bangunan sekolah EE dan dengan ON/OFF Suhu Kontroller ini sehingga 50.36% penggunaan tenaga dapat dijimat. Dengan perlaksanaan ON/OFF Suhu Kontroller, bangunan Sekolah EE boleh menjimat sehingga RM 9151.20 sebulan berdasarkan sistem unit tunggal penghawa dingin yang dipasang. _______________________________________________________________________________________________________ Energy saving is one of the primary concern in building. Since a large portion of energy consumption in building is caused by the use of air conditioner, an efficient energy saving system should be developed for the building. For air conditioner in building, the thermal control strategy is to set the air conditioner to maintain a set temperature called the set point. Nowadays, the main problem faced by EE School building is the waste of energy consumption, inefficient use of air conditioner such as setting the air conditioner to the minimum temperature is the main factor that contributes to energy wastage. Efficient use of air conditioner practice and new strategy for control system has to be implemented in EE School building, with this implementation, energy can be saved efficiently. In this project, a system had been developed by use of Arduino microcontroller that can senses the surrounding temperature in real time and automatically adjust the switching mode (ON/OFF) of the air conditioner, if the temperature is less than or equal to 23°C the air conditioner will be turned off, and if the temperature is more than or equal to 25°C the air conditioner will be turned on. Based on this controller, energy can be saved during the switching off process of the air conditioner. Various analysis and experiment had been implemented in order to calculate the energy saving for EE School building and with this ON/OFF Temperature Controller up to 50.36% energy consumption can be saved. With the implementation of this ON/OFF Temperature Controller, EE School Building can save up to RM 9151.20 per month in term of installed split unit air conditioning system.
Contributor(s):
Clifford Jukino - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875005050
Language:
English
Subject Keywords:
Energy; saving; thermal
First presented to the public:
6/1/2013
Original Publication Date:
11/6/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 89
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-11-29 16:35:52.084
Date Last Updated
2020-07-09 12:17:05.723
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Energy management system in building1 2019-11-29 16:35:52.084