(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Kajian kebolehlaksanaan tebatan banjir dan saliran dalam kawasan pusat Bandar Parit Buntar, Daerah Kerian, Perak Darul Ridzuan

Kajian kebolehlaksanaan tebatan banjir dan saliran dalam kawasan pusat Bandar Parit Buntar, Daerah Kerian, Perak Darul Ridzuan / Kevin Christian Nair
Saban hari kita mendengar berkenaan bencana banjir yang telah membawa kepada kerugian serta kemusnahan dari segi harta benda dan juga nyawa. Berikutan dengan itu pelbagai langkah telah pun diseru oleh pihak kerajaan dalam menangani masalah tersebut dan sudah tentu tugas beratnya terletak pada pihak seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga badan persendirian. Sehubungan itu, projek tahun akhir ini akan melibatkan kajian kebolehlaksanaan tebatan banjir dan saliran di kawasan Pusat Bandar Parit Buntar, Daerah Kerian, Perak Darul Ridzuan. Daripada sejarah silam Parit Buntar pernah berlaku sekali banjir yang telah memusnahkan beribu – ribu hasil tanaman akibat daripada kerosakan struktur paip yang pecah, secara tidak langsung menganggu kestabilan sistem perparitan dan saliran di kawasan Parit Buntar. Namun keadaan sedemikian telah pun berjaya di atasi dengan adanya Ampang Jajar yang mengawal keluar masuk air dari kawasan pertanian. Walaubagaimanapun masih juga terdapat masalah di bahagian hulu Sungai Kerian yang di bawah kawalan Ampang Jajar pada ketika air pasang ataupun hujan lebat. Projek tahun akhir ini bertujuan mengumpul mana – mana data yang relevan untuk dianalisis dengan menggunakan kaedah yang sesuai. Justeru itu, di akhir laporan ini, dibincangkan kaedah – kaedah dan alternatif yang boleh di aplikasi di dalam projek – projek penambahbaikan sistem perparitan dan saliran yang bakal dijalankan di kawasan pusat bandar Parit Buntar oleh pihak majlis daerah mahupun JPS, dan dengan objektif yang ingin di capai di harap penghasilan ia dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat di dalam menangani masalah banjir di negara kita. _______________________________________________________________________________________________________ Nowadays we heard that flood disaster has caused destruction to properties and also took the life of innocent people. Hence various drastic measures have being exclaimed by the government in order to put a stop to the problem, and of course it is up to Jabatan Saliran & Pengairan (JPS) and connected private body to implement any appropriate measures. As for that this final year project will involve research on the effectiveness of the drainage system to prevent flood in the area of Pusat Bandar Parit Buntar, Kerian District, Perak Darul Ridzuan. From the history of Parit Buntar, once occurred a massive flood which caused the destruction of thousand of crops, as a result from a pipe structure failure. In spite of that, with the help of Ampang Jajar to control the flow of water, that problem have being overcome successfully. However, flood may still occured at the upstream of Sungai Kerian especially during high tide or heavy rainfall. The purpose of this final year project is to gather any relevant data or information from which will be analysed with appropriate method. Hence, this report will be discuss about the method and alternatives that can be implemented in any future projects regarding on upgrading the drainage system in the project area, whether it is done by the district council or JPS, with hope that it may also benefits those who are involved directly or indirectly in preventing flood in our country.
Contributor(s):
Kevin Christian Nair - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875000184
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
flood; disaster; drainage
First presented to the public:
3/1/2002
Original Publication Date:
10/26/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 101
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-10-26 15:53:52.54
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Kajian kebolehlaksanaan tebatan banjir dan saliran dalam kawasan pusat Bandar Parit Buntar, Daerah Kerian, Perak Darul Ridzuan1 2020-10-26 15:53:52.54