Disertasi ini melaporkan kajian tentang ketahanan bata tanah liat terhadap
serangan sulfat. Lima jenis bata tanah liat telah dipilih untuk dikaji ketahanannya
terhadap serangan sulfat. Selain itu, kajian juga dilakukan ke atas ciri-ciri bahan dan ciriciri
mekanikal bagi bata tanah liat untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi
ketahanan bata tanah liat terhadap serangan sulfat. Kajian dijalankan untuk mengetahui
jenis bata tanah liat yang mempunyai ketahanan terhadap serangan sulfat. Maklumat ini
penting supaya bata tanah liat yang sesuai dapat dipilih untuk digunakan di kawasan yang
terdedah kepada serangan sulfat. Maklumat yang diperolehi juga sangat berguna bagi
membantu pembuat bata memperbaiki ketahan lasakan bata tanah liat semasa
menghasilkan bata tanah liat. Walau bagaimanapun, bahan mentah, iaitu jenis tanah liat
yang digunakan tidak dikaji kerana kekurangan maklumat mengenainya. Beberapa ujian
makmal telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai ciri-ciri
bahan dan ciri-ciri mekanik bagi kelima-lima jenis bata tanah liat tersebut. Ketahanan
bata tanah liat telah diketahui melalui ujian kitaran garam sulfat dengan mendapatkan
berapa kitaran yang dilalui oleh sampel bata tanah liat sebelum ia mengalami kegagalan.
Hubungan di antara ciri-ciri batah tanah liat dengan ketahanan bata tanah liat terhadap
serangan sulfat diperolehi. Kajian ini telah membantu untuk mendapatkan lebih banyak
maklumat dalam proses pemilihan bata tanah liat sesuai yang mempunyai ketahanan
terhadap serangan sulfat.
_______________________________________________________________________________________________________
This dissertation reports the study of the sulphate attack resistance of fired clay
bricks. Five types of fired clay bricks had been selected to investigate their ability on
sulphate attack resistance. Besides that, study of material property and mechanical
property of fired clay bricks had been conducted to determine its influence on the
sulphate attack resistance of fired clay bricks. This study needs to define which type of
fired clay bricks has sulphate attack resistance. Besides that, this study also stresses on
the important of choosing the suitable sulphate attack fired clay bricks to construct
buildings at area exposed to sulphate attack. This information is important in helping
designer to improve the durability of fired clay bricks when producing sulphate attack
resistance fired clay bricks. However, raw materials of fired clay bricks are not defined
in this study due to the lack of information about it. A series of laboratory test had been
carried out to investigate the material properties and mechanical properties of five types
of fired clay bricks. Sulphate attack resistance of fired clay bricks had been observed
from cycle test by measuring the number of cycles which causes the brick samples to fail.
Relationship between properties of fired clay bricks and its resistance to the sulphate
attack was defined. This study will provide more information in choosing the suitable
sulphate attack resistance fired clay bricks.