Air sisa tekstil menjadi masalah terhadap alam sekitar walaupun efluen akhir telah melalui proses rawatan. Salah satu industri tekstil di Pulau Pinang, Malaysia mengalami kepekatan keperluan oksigen kimia (COD) dan warna yang tinggi di dalam efluen akhir dimana ia telah melebihi had debit yang dibenarkan standard. Tujuan kajian ini adalah untuk menyiasat kecekapan jerapan Zeliac bagi menyingkirkan COD dan warna dalam air sisa tekstil. Zeliac terdiri daripada batu kapur, karbon teraktif, zeolit, sekam padi dan simen Porland biasa sebagai pengikat. Kajian Batch dilakukan untuk mengetahui pengaruh parameter-parameter seperti dos penjerap, waktu sentuhan, pH dan kelajuan goncangan. Dari keputusan yang diperolehi, kelajuan goncangan optimum dan masa sentuhan untuk menyingkirkan COD adalah pada 200 rpm dan 60 minit. Peratus penyingkiran adalah 66.7% dan 70.8%. Sedangkan untuk penyingkiran warna, kelajuan goncangan optimum dan masa sentuhan adalah 200 rpm dan 80 minit. Peratus penyingkiran adalah 36.5% dan 40.1%. pH optimum untuk menyingkirkan COD dan warna adalah pada pH 4. Peratus penyingkiran adalah 97.5% dan 97.7%.Dalam kajian ini, isotherm jerapan Langmuir dan Freundlich digunakan bagi menggambarkan perilaku jerapan oleh Zeliac. Bentuk linear yang diperolehi untuk model Langmuir dan Freundlich adalah bersesuaian baik dengan data eksperimen keseimbangan dimana pekali R2,> 0.9, di mana nilai-nilai R2 adalah 0.936, 0.936,0.967 dan 0.992.
___________________________________________________________________________________
Textile wastewater create problem to the environment although the final effluent had gone through treatment. One of the textile industries in Penang, Malaysia is experiencing the high concentration of chemical oxygen demand (COD) and colour in the final effluent which exceeding the allowable standard discharge limits. The discharge limit for colour in the new industrial effluent regulation was 100 ADMI to 200 ADMI. While for COD was 80 mg/L to 250 mg/L. The purpose of this study was to investigate the adsorption efficiency of Zeliac on the removal of COD and colour in textile wastewater. Zeliac consisted of Limestone, activated carbon, zeolite, rice husk and ordinary Portland cement as binder. Batch studies were carried out to determine the effect of various parameters such as adsorbent dosage, contact time, pH and shaking speed. From the result obtained, the optimum speed and contact time for the removal of COD were 200 rpm and 60 minutes. The removal percentages were 66.67% and 70.83%. While for colour removal, the optimum shaking speed and contact time were 200 rpm and 80 minutes. The removal percentages were 36.5% and 40.1%.The optimum pH for the removal of COD and colour was pH 4. The removal percentages were 97.5% and 97.7%.In this study, Langmuir and Freundlich adsorption isotherm were used to describe the adsorption behavior of Zeliac. The linear form obtained for Langmuir and Freundlich models fit well with the experimental equilibrium data with corresponding coefficient, R2>0.9 which were 0.936, 0.936,0.967 and 0.992.