Sejak dekad kebelakangan ini, teknologi pengangkutan rel telah mengalami evolusi yang sangat intensif dan komprehensif. Pembangunan dan inovasi ini berlaku dalam kedua-dua aspek kejuruteraan mahupun teknologi. Sistem pengangkutan secara besar-besaran dan cepat (MRT) ini merupakan salah satu kesan positif yang terhasil daripada kejadian tersebut. Pertumbuhan yang menakjubkannya ini boleh dibuktikan dengan kewujudan sistem MRT di 17 bandar di seluruh dunia pada 1950-an, meningkat kepada kira-kira 110 bandar pada awal abad ke 21. Dalam projek ini, satu sistem pengangkutan secara besar-besaran dan cepat dalam skalaan makmal berdasarkan Pengawal Logik Boleh Atucara (PLC) telah dibina. Motivasi projek ini adalah untuk mereka bentuk dan mencipta satu sistem pengangkutan gerak cepat dalam skalaan makmal yang dapat menunjukkan operasi MRT yang sebenar kepada orang awam. Antara radas-radas yang diguna dalam projek termasuklah Omron Siri CJ2M PLC, Mikropengawal Arduino, Antaramuka Manusia Mesin (HMI) Shihlin Siri EU200 dan set keretapi bandar Lego 7938. Beberapa penderia NPN telah digunakan dalam projek ini untuk menjalankan operasi automatik sistem MRT. Selain daripada itu, motor servo, motor DC dan Diod Pemancar Cahaya (LED) juga digunakan untuk menyokong fungsi utama sistem rel. Dalam proses menjayakan projek ini, usaha dilakukan untuk membina suatu sistem komunikasi yang stabil dan sesuai di antara komponen perkakasan dan perisian sistem MRT. Hasilnya, satu perisian simulasi yang bertindak untuk mengawal operasi sistem MRT dapat dibangunkan. Di samping itu, mesin HMI diwartakan sebagai alat pengawalan utama sistem MRT. Projek kereta api ini mempunyai beberapa jenis operasi dengan syarat pengaktifan tersendiri. Akhirnya, prestasi sistem MRT ini dinilai. Pelbagai jenis eksperimen dijalankan untuk menentukan keupayaan sistem tersebut.
_______________________________________________________________________________________________________
Rail transit technology had gone through a very comprehensive and intensive evolution in recent decades. Those developments and innovations occurred in both technological and engineering aspects. Mass rapid transit (MRT) system is one of the products of the mentioned incident. Its unprecedented growth was proved by the existence of MRT Systems in 17 cities in the early 1950s to about 110 cities worldwide in the early twenty-first century. In this project, a laboratory-scaled mass rapid transit system based on Programmable Logic Controller (PLC) is built. The motivation of this project is to design and invent a laboratory scaled mass rapid transit system that can demonstrate the operation of a real MRT system to the public. Omron CJ2M series PLC, Shihlin Electric Human-machine-interface EU200 series, Lego 7938 City Train Set and Arduino microcontroller board are used to develop the system. Several NPN sensors are implemented in the system to perform the automated operation of a real MRT system. Other devices such as servo motor, light-emitting diode, DC motor are used to support the primary function of the rail system. Throughout the process of completing the project, effort is done on establishing a stable and suitable interface between the hardware and software of the MRT system. As a result, a simulation software in controlling the operation of an MRT system is developed. Besides that, effort is allocated on utilising Human-machine-interface (HMI) machine as the primary control panel of the MRT system. The designed train project comprises of several operation modes with preset conditions. Finally, the performance of the MRT system is assessed. Experiments are carried out to determine the capability of the system.