(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Potensi konkrit berudara sebagai bahan binaan

Potensi konkrit berudara sebagai bahan binaan
ABSTRAK Satu penyelidikan untuk mengkaji potensi konkrit berudara sebagai bahan binaan telah dijalankan. Bahan tambah berasaskan petroleum (Petroleum Based Additive-PBA) telah digunakan di dalam penghasilan konkrit berudara. Empat campuran konkrit telah disediakan, iaitu konkrit OPC sebagai bancuhan kawalan dan bancuhan konkrit yang mengandungi 2.5, 5 dan 10% PBA daripada jisim simen. Untuk mencapai objektif kajian, ujian mampatan kiub, ujian keliangan dan ujian kebolehtelapan telah dijalankan ke atas keempat-empat campuran konkrit. Spesimen-spesimen konkrit telah diuji pada umur 3, 7 dan 28 hari. Di samping itu, sifat-sifat konkrit yang dikaji telah dibandingkan dengan tiga jenis batu-bata iaitu “Sand Bricks”, “Clay Bricks” dan “Calcium Silicate Bricks”. Keputusan kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan PBA mengurangkan kekuatan konkrit, manakala keliangan dan kebolehtelapan meningkat. Pengurangan kekuatan dan peningkatan keliangan serta kebolehtelapan bertambah dengan bertambahnya kandungan PBA yang digunakan. Oleh itu konkrit berudara yang dihasilkan mungkin kurang sesuai untuk digunakan sebagai konkrit biasa, iaitu di dalam pembinaan struktur konkrit bertetulang atau konkrit pra-tegasan. Sebaliknya, konkrit berudara yang dikaji, mempunyai sifat-sifat yang agak setanding dengan beberapa jenis batu-bata. Oleh itu konkrit berudara yang dihasilkan mempunyai potensi untuk dijadikan batu-bata, blok konkrit atau panel dinding untuk digunakan sebagai dinding bangunan. ABSTRACT An investigation to study the potential of aerated concrete as a construction material has been performed. A Petroleum Based Additive (PBA) was used to produce the aerated concrete. Four concrete mixes were prepared, which are a control OPC concrete and aerated concrete mixes with 2.5, 5 and 10% PBA content by mass of cement. To achieve the objective of the research, compressive strength test, porosity test and permeability test were performed on all concrete mixes. The concretes were tested at the age of 3, 7 and 28 days. In addition, the properties of concrete were compared to those of sand bricks, clay bricks and calcium silicate bricks. The results showed that the use of PBA reduces the strength of concrete, while porosity and permeability were increased. The reduction in strength and the increase in porosity and permeability were greater at higher PBA content. Therefore, the aerated concrete produced may not be suitable to be used in reinforced and pre-stressed concrete. However, the properties of the aerated concrete are comparable to those of the three different bricks. Hence, the aerated concrete could be potentially used as bricks, concrete blocks or wall panel for buildings.
Contributor(s):
Nik Nurul Adawiah Bt Nik Badrul Alam - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
English
Subject Keywords:
Petroleum Based Additive, compressive strength test, permeability test
Originally created:
1/15/2004
Original Publication Date:
1/25/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
Universiti Sains Malaysia
Citation:
Extents:
Number of Pages - 116
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-01-25 16:18:23.442
Date Last Updated
2020-05-31 09:05:14.109
Submitter:
Muhamad Azmil Ramli

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Potensi konkrit berudara sebagai bahan binaan1 2018-01-25 16:18:23.442