(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Determination of ground structure using microtremor array method

Determination of ground structure using microtremor array method / Cheah Yi Ben
Ciri struktur tanah ialah parameter yang penting dalam penilaian kesan tapak seismik untuk reka bentuk struktur gempa bumi. Banyak kaedah geofizik boleh digunakan untuk menganggar struktur tanah. Kaedah pengukuran tapak terbaik yang memerlukan usaha kerja tapak yang minimum dan memberikan anggaran yang tepat adalah perhatian utama dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian gegaran mikro tatasusunan untuk menyiasat ketepatan profil gelombang ricih (VS) yang dianggarkan dengan kaedah Autokorelasi Ruangan (SPAC) dan Tatasusunan Bulat Tanpa Pusat (CCA) dengan pelbagai jejari tatasusunan. Berdasarkan profil VS yang diperolehi, kesan mempertimbangkan ketebalan sedimen melebihi 30m ke atas pengkelasan tanah telah disiasat. Pemerhatian gegaran mikro tatasusunan telah dijalankan di sembilan tapak yang berada di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dengan menggunakan jejari tatasusunan besar (10m dan ke atas), sederhana (5m) dan kecil (1m). Dengan menggunakan kaedah SPAC, tatasusunan besar memberi anggaran profil VS yang terbaik. Dengan menggunakan kaedah CCA, keputusan tatasusunan sederhana memberi anggaran yang terbaik antara tiga saiz tatasusunan. Kaedah CCA mampu memberi anggaran yang lebih tepat berbanding dengan kaedah SPAC semasa tatasusunan sederhana digunakan dalam pemerhatian. Oleh itu, kaedah CCA adalah lebih memuaskan dalam kecekapan kerja tapak. Empat daripada lima tapak yang mempunyai ketebalan sedimen melebihi 30m mengalami perubahan kelas tanah menurun sebanyak satu ke dua kelas, manakala kelas tanah satu tapak kekal sama. Walaupun kelas tanah kekal sama, tetapi sambutan pecutan bertambah. Perubahan ini dalam pengkelasan tanah telah memberikan kesan ketara terhadap bangunan ketinggian rendah dan sederhana kerana sambutan pecutan bangunan dengan kala asas daripada 0.1s ke 1.0s bertambah secara drastik semasa ketebalan sedimen melebihi 30m dipertimbangkan. _______________________________________________________________________________________________________ Ground structure characteristic is an important parameter in seismic site effect evaluation for earthquake structural design. Many geophysical methods can be used to estimate ground structure. The best field measurement option that requires least field effort and yet producing accurate estimation is the main concern of this study. This study applies microtremor array observation method to investigate the accuracy of VS profile estimated using Spatial Autocorrelation (SPAC) and Centerless Circular Array (CCA) methods of various array radii. Based on VS profile obtained, the effect of considering sediment thickness of more than 30m on ground classification is investigated. Microtremor array observation was conducted at a total of nine sites in Kuala Lumpur and Penang with large (10m radius and above), medium (5m radius) and small (1m radius) array. When using SPAC method, larger array gives better VS profile estimation. When using CCA method, medium array gives better estimation among three array sizes. CCA method gives better estimation as compared to SPAC method when medium array is used in observation. Thus, CCA method is more favourable in term of fieldwork efficiency. Out of five sites with sediment thickness more than 30m, four sites exhibit ground type changes by reducing one to two classes and the other one remains unchanged. Although the ground type remains unchanged, but the acceleration response increases. These changes in ground type have affected low to medium rise buildings within the fundamental periods of 0.1s to 1.0s significantly because the acceleration response increases drastically when sediment thickness more than 30m is considered.
Contributor(s):
Cheah Yi Ben - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875007583
Language:
English
Subject Keywords:
Ground structure; seismic; earthquake
First presented to the public:
6/1/2018
Original Publication Date:
8/3/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Chemical Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 123
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-08-03 16:03:30.459
Date Last Updated
2020-05-21 18:56:25.384
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Determination of ground structure using microtremor array method1 2018-08-03 16:03:30.459