An improved Selective Mapping (SLM) technique for Peak to Average Power Ratio (PAPR) reduction in Orthogonal Frequency Division Multplexing (OFDM) system
Sistem Pembahagi Frekuensi Ortogon (OFDM) adalah kaedah modulasi yang paling terkenal yang telah diaplikasikan di dalam kelajuan tinggi komunikasi tanpa wayar. Ini adalah disebabkan keupayaannya berkomunikasi di dalam saluran yang pudar, kecekapan spektrum yang tinggi, kelasakkan terhadap pelbagai arah perambatan, mudah untuk dilaksanakan, dan penyamaan yang mudah. Malangnya, OFDM mempunyai kelemahan yang sangat besar iaitu Nisbah Kuasa Puncak ke Purata (PAPR). Dengan mempunyai PAPR yang tinggi, prestasi penghantaran isyarat berkurangan. Oleh itu, pelbagai teknik telah dicadangkan bagi mengurangkan PAPR. Pemetaan dipilih (SLM) adalah teknik PAPR yang terbaik dalam mengurangkan PAPR kerana keupayaannya untuk memberikan keputusan PAPR yang paling rendah, fleksibel dengan sebarang nombor subpembawa dan tiada penyelewengan dalam isyarat yang dihasilkan dalam mengurangkan PAPR. Di dalam tesis ini, kaedah yang telah dicadangkan untuk menambahbaikan teknik SLM dalam mengurangkan PAPR adalah kombinasi antara transformasi konsinus diskret (DCT) dan SLM. DCT digunakan untuk mengurangkan autokorelasi urutan masuk dalam mengurangkan PAPR. SLM diaplikasikan setelah DCT. Keputusan PAPR yang diperoleh adalah berdasarkan kepada jenis modulasi dan nombor subpembawa. Sebagai tambahan, semakin bertambah nombor subpembawa, semakin tinggi nilai PAPR. Untuk 64 QAM, nilai PAPR lebih rendah berbanding 16 QAM. Keputusan daripada aplikasi SLM dengan DCT dalam OFDM sistem lebih baik berbanding aplikasi SLM tanpa DCT.
_______________________________________________________________________________________________________
Orthogonal Frequency Division Multiplexing (OFDM) is the most popular modulation method that has been implemented in high speed wireless communication. This due to its reliability to communicate over fading channels, high spectral efficiency, robustness against multipath propagation, simple to be implemented, and simple equalizer. Unfortunately, major disadvantage of OFDM is Peak to Average Power Ratio (PAPR). By having high PAPR, the performance of signal transmission reduces. Therefore, there are variety of techniques being proposed in reducing PAPR. Selected mapping (SLM) is the best PAPR technique in reducing PAPR due to its ability to gives the lowest PAPR result, flexibility to work with arbitrary number of subcarriers and distortion less scheme in reducing PAPR. In this thesis, the methods that has been proposed in order to improve the SLM technique in reducing PAPR is the combination of Discrete Cosine Transform (DCT) with SLM. The DCT transform is used to reduce the autocorrelation of the input sequence in order to reduce the PAPR. SLM is applied after DCT transform. The obtained result of PAPR is based on the type of modulation and the number of subcarrier used. In addition, as the number of subcarriers increase, the PAPR value also increases. For 64 QAM, it gives more reduction of PAPR value compared to 16 QAM. The result by the application of SLM with DCT in OFDM system is better than application of SLM without DCT.
An improved Selective Mapping (SLM) technique for Peak to Average Power Ratio (PAPR) reduction in Orthogonal Frequency Division Multplexing (OFDM) system