(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Treatment of palm oil mill effluent from polishing pond using calcinated limestone roughing filter / Arezoo Fereidonian Dashti

Treatment of palm oil mill effluent from polishing pond using calcinated limestone roughing filter_Arezoo Fereidonian Dashti_A9_2017_MYMY
Rawatan untuk air sisa adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh pengusaha kilang minyak sawit. Salah satu industri kilang minyak sawit terdapat di Sungai Kecil, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Kilang kelapa sawit di Malaysia mengalami kepekatan COD, warna, kekeruhan, pepejal terampai dan nitrogen berammonia yang tinggi dalam efluen yang akhir selepas rawatan biologi yang melebihi had pelepasan piawai. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesesuaian penggunaan batu kapur mentah (LS) dan batu kapur kalsin (CLS) sebagai media turasan berkos rendah bagi pasca rawatan efluen terawat dengan menggunakan turasan kasar mendatar. Rawatan fiziko-kimia yang digunakan dalam kajian ini telah dipilih berbanding kaedah lain kerana lebih ringkas, mudah diselenggara dan mudah bagi kawalan kualiti. Kolam akhir bagi rawatan efluen kilang minyak sawit adalah kolam penyudah dimana efluen terus dilepaskan ke dalam sungai. Efluen dalam kolam penyudah telah dipilih menjadi sampel dalam kajian ini. Julat kepekatan minima dan maksima bagi kekeruhan, COD, warna, pepejal terampai dan nitrogen berammonia dalam kolam penyudah adalah masing-masing 200 - 650 NTU, 2,200 – 3,300 mg/L, 3,000 – 5,000 PtCo, 400 - 730 mg/L dan 190 – 300 mg/L. Saiz partikel bagi batu kapur iaitu 4, 12 dan 20 mm;kadar aliran seperti 20mL/min, 60mL/min, dan 100mL/min; dan suhu iaitu 400 ˚C, 600 ˚C dan 800 ˚C, telah digunakan dalam kajian ini. Hasil menunjukkan partikel media bersaiz kecil (4mm) lebih berkesan daripada partikel bersaiz besar (20 mm) kerana partikel bersaiz kecil mempunyai luas permukaan yang lebih tinggi yang menyebabkan kapasiti penjerapan tinggi. Selain itu, kadar aliran rendahmenyebabkan masa penepuan tinggi, manakala kadar aliran tinggi memendekkanmasa penepuan turus dan menunjukkan penyingkiran yang kurang berkesan. Kajianmenunjukkan bahawa batu kapur kalsin pada suhu 800 ˚C mempunyai kecekapan penyingkiran yang paling tinggi bagi kekeruhan, COD, warna, pepejal terampai dannitrogen beramonia (66%, 50%, 52%, 60%, 75%, masing-masing) pada media turasan bersaiz kecil (4 mm) dan pada kadar aliran 20 mL/min berbanding batu kapur kalsin pada suhu berbeza dan juga batu kapur mentah. Hasil kelompok menunjukkan dos optimum bagi batu kapur kalsin pada suhu 800 ˚C untuk menyingkir kekeruhan, COD, warna, pepejal terampai dan nitrogen beramonia (69.23%, 48.23%, 40.13%, 70.81%, 50%, masing-masing) adalah 85 g dos batukapur; manakala masa pengenapan optimum adalah 5 jam. Kecekapan penyingkiran paling tinggi diperolehi pada keadaan berasid bagi semua parameter, tetapi NH3-N disingkirkan dengan berkesan pada pH 10 (58.17%) bagi batu kapur kalsin pada suhu 800 ˚C. Data penjerapan keseimbangan untuk kekeruhan, COD, warna, pepejal terampai dan nitrogen beramonia (0.959, 0.916, 0.935, 0.909, 0.977, masing-masing) lebih padan dengan isoterma Langmuir berbanding isoterma Freundlich kerana nilai R2 lebih tinggi. __________________________________________________________________________________ Treatment of wastewater is one of the major problems faced by palm oil mill operators. One of the palm oil mill industries in Sungai Kecil Nibong Tebal, Pulau Pinang, Malaysia is experiencing a high concentration of turbidity, COD, colour, suspended solid and ammoniacal nitrogen in the final effluent after biological treatment that exceeds the standard discharge limit. The purpose of the present study is to investigate the suitability of using raw and calcinated limestone as low cost filter media for the treatment of treated effluent by using horizontal roughing filter. The physico-chemical treatment adopted in this study is preferred over other methods because of its simplicity, easy maintenance and quality control. The last treatment pond of palm oil mill effluent is the polishing pond where wastewater is directly discharged to the river. The polishing pond was selected for sampling in this study. The minimum and maximum concentrations of turbidity, COD, colour, suspended solid, and ammoniacal nitrogen in the polishing pond were 200 - 650 NTU, 2,200 – 3,300 mg/L, 3,000 – 5,000 PtCo, 400 - 730 mg/L, and 190 – 300 mg/L respectively. The parameters used in this study were particle sizes of limestone of 4, 12 and 20 mm, flowrates of 20 mL/min, 60 mL/min, and 100 mL/min and temperatures of 400 ˚C, 600 ˚C and 800 ˚C. Results indicated that a smaller particle size of limestone (4 mm) was more effective than a larger particle size of limestone (20 mm) because smaller sized particles of filter media have higher surface area which leads to high adsorption capacity. In contrast, a low flow rate (20mL/min) results in higher column saturation time, while higher flow rate results in shorter column saturation time and shows low removal efficiency. The study indicated that calcinated limestone at 800 ˚C has the highest removal efficiency for turbidity, COD, colour, SS and NH3-N (66%, 50%, 52%, 60% and 57% respectively) at smaller sized filter media (4 mm) and lower flow rate (20 mL/min) compared to calcinated limestone at different temperature and raw limestone. The batch results showed that the optimum dosage of calcinated limestone at 800 ˚C for removing turbidity, COD, colour, SS and NH3-N (69.23%, 48.23%, 40.13%, 70.81%, 50% respectively) was 85 g, whereas the optimum settling time was 5 hours. High removal efficiency was obtained in acidic phase for all parameters, but NH3-N was removed efficiently at pH 10 (58.17%) for calcinated limestone at 800 ˚C. The equilibrium adsorption data for turbidity, COD, colour, SS and NH3-N (0.959, 0.916, 0.935, 0.909, 0.977 respectively) was wellfitted with the Langmuir isotherm compared to that of Freundlich isotherm, indicated by high R2 value for small sized calcinated (800 ˚C) limestone.
Contributor(s):
Arezoo Fereidonian Dashti - Author
Primary Item Type:
Thesis
Identifiers:
Accession Number : 875008412
Language:
English
Subject Keywords:
experiencing; ammoniacal; calcinated
Sponsor - Description:
Pusat pengajian Kejuruteraan Awam -
First presented to the public:
4/1/2017
Original Publication Date:
11/20/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 244
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-11-20 09:31:40.564
Date Last Updated
2020-11-19 16:06:00.492
Submitter:
Mohamed Yunus Yusof

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Treatment of palm oil mill effluent from polishing pond using calcinated limestone roughing filter / Arezoo Fereidonian Dashti1 2019-11-20 09:31:40.564