Ozon permukaan telah lama menjadi satu kebimbangan dalam kalangan jurutera alam sekitar. Ini disebabkan oleh pelbagai kesan negative terhadap manusia dan habitat. Kajian ini telah dilakukan untuk menganggar bahan pencemar daripada ekzos kenderaan bermotor. Anggaran kepekatan prapenunjuk ozon ialah objektif utama iaitu oksida-oksida nitrogen (NOX) dan hidrokarbon (HC/NmVOC) dari kenderaan. Oleh itu parameter-parameter umum kenderaan iaitu purata penggunaan bahan bakar oleh kenderaan dan purata kilometer perjalanan kenderaan diperlukan bagi membolehkan pengiraan. Data-data yang diambil dari kajian terdahulu dan jabatan-jabatan Malaysia yang berkenaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan digunakan dalam pengiraan. Andaian-andaian logik dibuat berdasarkan informasi dari laman-laman web forum dan perbincangan. Kecenderungan kesan daripada pembolehubah-pembolehubah terhadap pembebasan bahan pencemar kenderaan diterbitkan dalam bentuk graf untuk tahun 2004 hingga 2009. Dengan menggabungkan kesemua elemen dengan andaian kecenderungan akan sentiasa sama, anggaran jumlah nitrogen dioksida (NO2) dan hidrokarbon (HC) di plotkan hingga tahun 2020. Daripada hasil ditemui, kepekatan ozon akan dianggar dengan menggunakan persamaan pertukaran ozon yang telah diterbitkan dari kajian terdahulu. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah dengan kadar peningkatan ozon antara 0.05% hingga 0.13% setahun, jumlah ozon akan disasarkan akan mencapai 22,763.51 tan setahun pada tahun 2020. Jadi, langkah pencegahan awal perlu diambil daripada sekarang untuk mengawal dan mengurangkan secara berperingkat pertambahan bukan sahaja prapenunjuk ozon tetapi semua pencemar yang dihasilkan dari kenderaan bermotor.
___________________________________________________________________________________
Ground level ozone has always been a concern among environmental engineers. This is because multiple effects of this Green House Gas (GHG) have progressively taken effect on humans as well as nature. Due to that matter, this study is conducted to relate ground level ozone from national fleet emissions. By relating ozone precursors which is oxides of nitrogen (NOX) and hydrocarbons (HC/NmVOC) from vehicle emission, estimating the concentration of ozone is the main objective. This involves general vehicle parameters which are the average fuel consumption and average vehicle kilometer travelled. To help with this calculation, data from previous study and
Malaysia’s related department such as Department of Environment and Department of Road and Transport are being used. Assumptions are made logically based on information from forums and discussion websites. Trends of those variables affecting emission loads are plotted into graphs from year 2004 to 2009. By combining all elements with the available trend assuming to be the same, an estimated total of nitrogen dioxide (NO2) andhydrocarbon (HC)are plotted until year 2020. From these results, ozone concentration is estimated by using ozone conversion equation from previous study. It is concluded that with growth rate ranging from 0.05% to 0.13% per annum,ozone will reach a staggering value of 22,763.51 tons per annum by year 2020. So, preventive action should be taken from now to control and slowly reducing not only ozone precursors, but all the pollutants emitted by motor vehicles.