Dewasa ini, pengesan imej mendapat banyak tumpuan dalam aplikasi
aplikasi seperti kamera, televisyen, telefon selular dan peralatan-peralatan lain.
Aplikasi seperti ini secara dominan dicipta menggunakan transistor CMOS
disebabkan kos yang rendah dan keperluan untuk memproses signal dengan
bagus. Untuk imej x-ray, kajian secara berterusan dilakukan untuk memperolehi
imej yang jelas mengenai struktur dalaman badan manusia. Imej x-ray berbeza
bergantung kepada keamatan radiasi yang menembusi badan dan direkod
menggunakan filem radiografi. Pengesan piksel secara digital digunakan untuk
membaca imej bagi data kerana ini dapat mengurangkan hingar yang dihasilkan
oleh litar analog. Setiap blok di dalam imej x-ray terdiri daripada fotopengesan dan
penukar analog kepada digital (A/D) yang juga dipanggil penukar sigma delta.
Penukar sigma delta pula terdiri daripada pengamir, pembanding, dan 1-bit
penukar digital kepada analog (DAC). Kajian ini adalah untuk mencipta 1-bit DAC
supaya sesuai digunakan bersama pengamir dan pembanding di dalam penukar
sigma delta dengan kadar hingar yang rendah. Di akhir projek ini, DAC mencapai
ralat ofset dan ralat gandaan sebanyak 290mLSB dan 0.286LSB. Penggunaan
tenaga yang dihasilkan adalah lebih kurang 0.0302nW. Penukar voltan kepada
arus juga ditambah dalam rekabentuk. Ia digunakan untuk menukar keluaran
voltan kepada arus untuk dibaca. Projek ini menggunakan perisian Cadence
0.18um teknologi CMOS.
_______________________________________________________________________________________________________
Image sensors have gained a lot of interest lately in many applications such
as cameras, television, cellular phones, and other devices. These applications are
predominantly designed by CMOS transistors due to low cost and good signal
processing capability. For x-ray images, sequential series of study has been done
to obtain clear image of an inner body structures. X-ray images can be varies
depend on radiation intensity that passes through the body and recorded on
radiographic film. Digital pixel sensor is used to read the data image because it can
reduces the noise introduced by the commutations of the analog circuit. In each
pixel blocks of x-ray image, it is consists by a photodetector and A/D converter
which called sigma delta converter. The circuit of converter constitute of integrator,
comparator,1-bit digital-to-analog converter (DAC). The research is to design 1-bit
DAC so that it is compatible to use them along with integrator and comparator in
sigma delta converter with low noise. Voltage to current converter (V/I) is also
implemented in the design. It used to convert the voltage output to current output
reading. At the end of this project, it is concluded that DAC can obtain offset error
and gain error by 290.34mLSB and 0.286LSB. The power consumption produced
for the whole circuit is around 0.0302nW. This project is done using Cadence
Software in 0.18um CMOS technology.