Penjana elektromagnetik pegun adalah suatu projek yang mampu menghasilkan pemalar prestasi lebih besar daripada satu. Penjana elektromagnetik pegun mempunyai litar pensuisan modulatan denyut lebar dan penjana magnetik. Litar pensuisan permodulatan denyut lebar terdiri daripada chip TL494 yang boleh digunakan untuk menghasilkan gelombang segiempat altenatif yang akan digunakan untuk masukan kepada penjana magnetik. Penjana magnetik terdiri daripada gegelung c transformer yang mempunyai masukan dan keluaran lilitan kiri serta lilitan kanan. Lilitan kiri dan lilitan kanan akan dipasang secara altenatif untuk menghasilkan medan magnet yang kuat pada bahagian gegelung kiri dan gegelung kanan secara altenatif juga. Litar modulasi denyut mampu menghasilkan keluaran gelombang segiempat dc secara altenatif. Prototaip yang dibina adalah berlandaskan rekaan Bearden dan Naudin. Akan tetapi, penjana magnetik tidak dapat menghasilkan pemalar prestasi yang lebih besar daripada satu. Sebaliknya, keluaran pada penjana magnetik adalah sama seperti masukan penjana magnetik.
_________________________________________________________________________________________
Motionless electromagnetic generator is a project built to produce coefficient of performance greater than unity. The motionless electromagnetic generator consists of pulse width modulation switching circuit and magnetic generator. The pulse width modulation switching circuit is built using a TL494 chip which produces alternated switching square wave to drive the magnetic generator. The magnetic generator is a transformer c core with left input and output windings as well as right input and output windings. The left and right input windings are switched on alternately to provide strong magnetic field on left and right magnetic paths alternately. The pulse width modulation switching circuit is able to produced alternated dc square waveforms. The prototype built is match with the design of Bearden et al and Naudin. However, the magnetic circuit cannot produce coefficient of performance greater than unity instead producing the same output as the input to the magnetic generator