Pada masa kini, sistem penyiraman automatik menjadi terkenal dan ia telah menarik minat orang ramai. Kajian ini adalah mengenai merekabentuk sistem penyiraman automatik dan pada masa yang sama memantau kelembapan tanah tanaman dengan menggunakan pengawal mikro ARM. Kesibukan rutin harian seseorang itu membuatkan individu terbabit sering lupa untuk menyiram tanaman mereka dan membuatkan tanamannya itu layu. Maka, YL-69 digunakan dalam projek ini untuk memantau kelembapan di dalam tanah dan seterusnya akan mengepam air jika kandungan kelembapan tanah adalah rendah. Dalam usaha untuk membezakan tahap kelembapan tanah, keadaan kelembapan ini dibahagikan kepada empat, iaitu (i) jika π_ππππ’π<0.46, (ii) jika π_ππππ’π<0.65 and π_ππππ’πβ₯0.46, (iii) jika π_ππππ’π<1 and π_ππππ’πβ₯0.65 and (iv) jika π_ππππ’πβ₯1. Akhir sekali, analisis terhadap pelbagai jenis tanah dan perbezaan ketinggian telah dilakukan. Jika ketinggian dari tangki air ke pasu meningkat, maka masa yang diambil untuk tanah lembap sepenuhnya akan menjadi lebih lama. Manakala, tanah yang paling sensitif terhadap air ialah tanah hitam berbanding dengan tanah merah dan tanah lumpur. Takat air tepu bagi ketiga-tiga jenis tanah adalah 75ππ. Kesimpulannya, tujuan analisis ini dilakukan adalah untuk membuatkan sistem ini berfungsi dalam prestasi yang terbaik dengan ketepatan yang tinggi berdasarkan pelbagai jenis tanah dan ketinggian yang berbeza.
_______________________________________________________________________________________________________
Nowadays, the watering system becomes more popular and it has attracted many peopleβs interest. This study is about designing watering system in same time monitoring the soil moisture using ARM microcontroller. Due to busy routine life, the employed persons tend to forget to irrigate their plants. So, the YL-69 are used in this project to monitor moisture in the soil and will pump the water if soil moisture content are low. In order to differentiate the soil moisture level, the condition is divided into four, which are (i) if π_ππππ’π<0.46, (ii) if π_ππππ’π<0.65 and π_ππππ’πβ₯0.46, (iii) if π_ππππ’π<1 and π_ππππ’πβ₯0.65 and (iv) if π_ππππ’πβ₯1. Finally, the analysis on different type of soil and height was done. If the height from tank to pot are increasing, then the time taken to fully damp the soil will be longer. While, the most sensitive soil toward water was black soil compared to red soil and mud soil. The saturated water point for the three types of soil is 75ππ. As a conclusion, this analysis was done to make this system will function in the best performance and with high accuracy based on the different type of soils and different heights.