Secara umum, imej dan video sering digunakan dalam kehidupan seharian kita.
Namun, salah satu masalah yang sering dihadapi adalah kewujudan kontras
yang tidak sekata dalam media digital tersebut. Sesetengah kawasan imej
menghadapi pendedahan cahaya yang keterlaluan dan kelihatan berada dalam
tahap kecerahan terlampau manakala kawasan lain mengalami masalah
kekurangan pendedahan cahaya. Isu ini yang disebabkan oleh faktor-faktor
persekitaran kadang kala tidak dapat dielakkan. Teknik fuzi diaplikasikan dalam
kajian ini kerana potensi dan kecekapan pemprosesannya yang menyerupai
tafsiran dan penaakulan manusia. Satu teknik pembaikan imej dan video warna
yang baru dalam keadaan iluminasi cahaya yang tidak seragam dengan
penggunaan konsep fuzi dicadangkan. Implimentasi teknik cadangan
kemudiannya dibandingkan dengan teknik pembaikan yang sedia ada bagi
menentukan keberkesanan algoritma yang dicadangkan. Bagi penilaian
prestasi algoritma, keputusan kualitatif dan kuantitatif telah diambil untuk
menyokong dapatan kajian. Satu ciri utama kaedah cadangan ini ialah
kebolehannya melakukan langkah-langkah pembaikan mengikut tahap
pendedahan cahaya dalam imej asal. Keputusan telah membuktikan bahawa
algoritma cadangan adalah paling efektif berbanding dengan teknik-teknik sedia
ada dalam keupayaan pemeliharaan kontras asal imej warna dalam keadaan
pencahayaan yang kurang sempurna.
_______________________________________________________________________________________________________
Despite the prevalence of images and video in our daily lives, one of the
commonly encountered problems is the presence of uneven contrast in such
digital media. Some regions of the image experienced overexposure and
appeared to be having an excessively high level of brightness while other areas
seemed to be in underexposure. Such predicaments are caused by
environmental factors and are sometimes inevitable. Fuzzy technique is applied
in this study due to its potential and efficiency of representation and processing
that mimics human reasoning. A novel enhancement algorithm for colour image
and video under non-uniform illumination condition with the use of fuzzy
concept is proposed. Implementation of the proposed technique is compared
with several existing state-of-the-art enhancement techniques to assess the
effectiveness of the algorithm. For performance evaluation of the proposed
algorithm, results for both the qualitative and quantitative analysis are shown to
support the findings of the study. A key feature of the proposed method is its
ability in performing enhancement procedural steps according to the regional
exposure of the original image. Results have proven that the proposed
algorithm as the most effective approach, as compared with other existing
technique in terms of preserving image contrast in colour fidelity under
imperfect lighting.