Sistem biometrik adalah satu daripada pengesahan identiti popular yang digunakan
untuk pelbagai tujuan kawalan akses identiti. Pengesahan salur darah jari
merupakan satu daripada sistem biometrik ekaragam yang tersedia dalam bidang
biometrik. Walaupun terdapat pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh pengesahan
salur darah jari, beberapa kelemahan yang dihadapi oleh pengesahan salur darah
jari telah mengehadkan prestasi dan penerimaannya untuk penggunaan kawalan
akses yang sulit. Oleh itu, satu sistem biometrik berbilang-ragam telah dicadangkan
dengan menggabungkan pengesahan geometri jari dengan pengesahan salur
darah jari. Sistem biometrik berbilang-ragam mampu meningkatkan prestasi sistem
biometrik yang berasaskan jari sampai di tahap ketepatan dan kebolehpercayaan
yang lebih tinggi. Pelaksanaan sistem biometrik berbilang-ragam dalam projek
ini melibatkan tiga peringkat: pelaksanaan pengesahan geometri jari, pelaksanaan
pengesahan salur darah jari dan gabungan pengesahan salur darah jari dan pengesahan
geometri jari sebagai sistem biometrik berbilang-ragam. Dalam pelaksanaan
pengesahan geometri jari, ketebalan jari digunakan sebagai ciri biometrik. Prestasi
pengesahan geometri adalah di bawah jangkaan, di mana kadar ralat sama ialah
40.7024%. Manakala dalam pelaksanaan pengesahan salur darah jari, band fasa terhad
sekaitan imej salur darah jari telah digunakan. Prestasi pengesahan salur darah
jari adalah sangat baik, di mana kadar ralat sama adalah serendah 2.2189%. Dalam
peringkat terakhir, jumlah wajaran digunakan untuk menggabungkan skor sepadan
pengesahan geometri jari dan pengesahan salur darah jari. Kadar ralat sama
gabungan pengesahan geometri jari dan pengesahan salur darah jari ialah 10.5668%.
Dari keputusan yang diperolehi, ia ditunjukkan bahawa gabungan pengesahan salur
darah jari dan pengesahan geometri jari ialah satu pendekatan berpotensi untuk
meningkatkan lagi prestasi sistem biometrik.
_______________________________________________________________________________________________________
Biometric system is one of the popular identity authentication used for various
identity access control purpose. Finger vein authentication is one of the popular
unimodal biometric system available in the field of biometrics. Despite there are
various advantages offered by finger vein authentication, several inabilities faced by
finger vein biometrics had limited its performance and adoption for highly confidential
access control application. Hence, a new multimodal biometric system is
proposed by fusing finger geometry authentication with finger vein authentication.
The proposed multimodal biometric system is able to improve the performance of
finger based biometric system to a higher level of accuracy, preciseness and reliability.
Implementation of multimodal biometric system in this project involves three
stages: implementation of finger geometry biometric system, implementation of finger
vein biometric system and score level fusion of finger geometry and finger vein
biometric system. In implementation of finger geometry biometric system, finger
thickness is used as the biometric feature to be used for matching. The performance
of geometry biometric system is under expectation, where the equal error
rate (EER) is 40.7024%. While in implementation of finger vein biometric system,
Band Limit Phase Only Correlation of the finger vein image is used for matching.
The performance of vein biometric system is remarkable, where the EER is as low as
2.2189%. In the last stage, weighted SUM is adopted to fuse the matching scores of
finger geometry biometric system and finger vein biometric system. The EER of the
fusion of geometry biometric system and vein biometric system is 10.5668%. From
the results, it is shown that fusion of finger vein recognition and finger geometry
recognition is a potential approach to enhance the performance of biometric system.