Kanser payudara adalah penyakit utama yang berlaku di kalangan wanita di dunia ini. Pencegahan awal adalah amat sukar kerana faktor yang menyebabkan kanser payudara masih belum dikesan. Jadi, pengesanan awal adalah cara terbaik untuk merawati kanser payudara dan dapat menurunkan angka kematian kanser payudara. Sinar X mamografi adalah kaedah yang diterima pakai bagi mengesan kanser payudara. Namun, tugas mentafsirkan mammogram masih sulit kerana kontras antara kanser payudara dan sekitarnya adalah rendah. Sebab itu, peningkatan kontras bagi mammogram adalah amat perlu. Dalam kajian ini, pendekatan bagi peningkatan kontras bagi mammogram berdasarkan teknik kabur telah dibina dengan menggunakan C++ Builder. Aplikasi ini adalah integrasi daripada teknik peningkatan konvensional dan juga kabur. Implementasi projek terdiri daripada tiga langkah utama, antaranya adalah proses pra-pemprosesan dengan menggunakan teknik peningkatan konvensional, peningkatan mammogram dengan menggunakan teknik peningkatan kabur dan yang terakhir analisis prestasi menggunakan analisis kualitatif dan kuantitatif bagi menilai mammogram yang telah dipertingkatkan. Secara keseluruhan, semua teknik peningkatan kabur mampu meningkatkan kontras mammogram. Namun, prestasi yang ditunjukkan oleh FHH dan INT adalah jauh lebih baik daripada FIT dan PD kerana FHH dan INT dapat mengekalkan maklumat yang terkandung dalam mammogram dengan baik berbanding dengan FIT dan PD.
___________________________________________________________________________________
Breast cancer is the number one disease among women in the world. Primary prevention seems impossible since the causes of breast cancer still remains unknown. However, early detection is the best defensive against breast cancer and it becomes the key to reduce the mortality rate of breast cancer. Today, X-ray mammography becomes the most common method of detecting breast cancer. However, mammography images are still notoriously difficult to interpret due to the fuzzy nature of the mammograms and the low contrast between the breast cancer and its surroundings. Hence, mammogram contrast enhancement is critical and essential in the tasks of mammography images interpretation. In this study, an approach to mammogram contrast enhancement based on fuzzy techniques is build by using C++ Builder. The application is an integration of conventional and fuzzy enhancement techniques. The conventional techniques that are used are linear contrast, power-law transformation, contrast stretching and unsharp mask while the fuzzy enhancement techniques used are FHH, INT FIT and PD. The project implementation consists of three steps; there are image pre-processing by using conventional enhancement techniques, fuzzy enhancement and the last is performance analysis that uses qualitative and quantitative analysis to evaluate the enhanced mammograms. Overall, all fuzzy enhancement techniques are able to enhance the contrast of the mammograms. However, both FHH and INT techniques are better than FIT and PD since FHH and INT can preserve the information contained in mammograms well compared to FIT and PD.