Frekuensi Radio Indentifikasi (RFID) ialah satu bidang yang baru yang sedang giat berkembang. Sistem ini banyak digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contohnya sistem ‘Smart Tag’ yang terdapat di lebuh raya – lebuh raya. Dengan menggunakan perkhidmatan ini kita hanya perlu memandu kenderaan menghampiri plaza tol tersebut. Secara automatik duit kita akan ditolak ketika melalui plaza tol tersebut. Satu lagi contoh ialah di pasar raya terdapat alat mencegah kecurian di pintu –pintu masuk. Di setiap produk dan barangan mereka terdapat pelekat keselamatan atau ‘tag’. Jika barang tersebut di bawa keluar maka sistem penggera akan berbunyi. Tujuan projek ini adalah untuk mereka aturcara untuk sistem RFID yang sedia ada untuk kegunaan peribadi. Walau bagaimanapun, disebabkan kesukaran untuk mendapatkan pemancar maka satu litar yang ringkas direka untuk menunjukkan secara asas bagaimana system ini berfungsi. Litar pembaca dan litar pemancar dikatakan berinteraksi atau ‘resonant’ pada frekuensi tertentu. Di dalam industri frekuensi yang biasa digunakan ialah 125 kHz atau 13.56 MHz. Namun demikian, di dalam projek ini, frekuensi 1MHz digunakan kerana alat {audia generator) yang digunakan hanya mampu menghasilkan 1MHz sahaja. Antara masalah utama yang dihadapi ketika membangunkan projek ini adalah untuk melaraskan antena untuk litar pemcar dan pembaca. Masalah ini diatasi dengan menggunakan alat Network Analyzer. Dengan menggunakan alat ini antena dapat diselaraskan dengan mudah. Di masa hadapan, pelajar-pelajar yang ingin menyambung projek ini boleh cuba membangunkan projek ini supaya teknologi RFID dapat ditingkatkan kesatu lagi tahap.
______________________________________________________________________________________
Radio Frequency Identification or RFID is a new technology and building its reputation rapidly. This system is widely use in our daily lives. For an example is ‘Smart Tag’ lane on high ways. The gate automatically opens during the entry of our vehicle. Another example of RFID system is security alarm at shops entrance. The entire product is label with tag and the alarm would be triggered if the product is stolen or brought out passing through the doors. The main objective of this project is to write a program for the microcontroller for the RFID reader so that it could be use for personal purpose, but because it is hard to purchase the tag a 1-bit RFID circuit is designed to give a basic overview on how RFID works. The reader circuit and the tag is said to be resonating at a specific frequency. In industry the frequency that is used is 125 kHz and 13.56 MHz. But in this project the frequency used is 1MHz because of the capability of the equipment (audio generator) used in this project. One of the main problems faced during the development of this project is tuning the antenna to resonant at 1MHz. This is solved easily by using Network Analyzer. For the future student who intent to continue this project could improve the memory of the tag and the reading distance of the tag so that the RFID technology could be improve to a whole new level.