Pengenalan kumpulan karboksil pada permukaan karbon nanotube (CNTs) dengan menggunakan kaedah rawatan asid membenarkan pengubahsuaian selanjutnya pada CNTs dan boleh meningkatkan penyerapan serta kapasiti pertukaran ion CNTs. Dalam projek ini, kesan kepekatan campuran asid nitrik dan asid sulfurik (HNO3/H2SO4) dan tempoh rawatan asid pada kepekatan kumpulan asid CNTs selepas difungsionalisasikan telah dikaji. Rawatan asid telah dilakukan dengan merendamkan CNTs dalam campuran HNO3/H2SO4 (1:3 jumlah/jumlah) pada kepekatan serta tempoh masa yang berbeza. Selepas pemfungsionalisasian CNTs dengan menggunakan rawatan asid, pencirian Fourier transform infrared absorption spectroscopy (FT-IR) dan titratan asid-base masing-masing telah dijalankan untuk menentukan dengan secara kualitatif dan kuantitatif tentang kumpulan berfungsi asid pada permukaan CNTs yang telah difungsionalisasikan. Pencirian transmission electron microscopy (TEM) telah dilakukan untuk mengkaji struktur dan ketulenan CNTs yang telah diubahsuaikan. Keputusan eksperimen telah menunjukkan bahawa kepekatan kumpulan asid pada CNTs akan meningkat apabila meningkatkan kepekatan asid sulfurik dan memanjangkan tempoh rawatan asid. Selain itu, ubahsuai yang selanjutnya dengan CeO2 boleh dilakukan pada CNTs teroksida. Secara ringkas, CNTs yang difungsionalisasikan oleh 7M HNO3 : 7M H2SO4 selama 24 jam mempunyai kepekatan kumpulan asid yang tertinggi, iaitu 3.67 mmol/gCNT. Walau bagaimanapun, rawatan asid pada CNTs tidak memusnahkan stuktur CNTs.
_______________________________________________________________________________________________________
The introduction of carboxyl groups on carbon nanotubes (CNTs) surfaces by using acid treatment method are useful further modification of CNTs and can increase the sorption as well as ion exchange capacity of CNTs. In this project, the effect of concentration of nitric acid and sulfuric acid (HNO3/H2SO4) mixture and acid treatment time on the acid groups concentration of functionalized CNTs were studied. Acid treatment was performed by impregnating CNTs in HNO3/H2SO4 mixture (1:3 volume/volume) at different concentration (4M and 7M) for different duration of time (2, 4, 8 and 24 hours). After the functionalization of CNTs using acid treatment, Fourier transform infrared absorption spectroscopy (FT-IR) and acid-base titration characterizations were carried out to determine the surface acidic functional groups on CNTs qualitatively and quantitatively, respectively. Transmission electron microscopy (TEM) characterization was done to examine the structure and purity of functionalized CNTs. It has been demonstrated that the acid groups concentration on the CNTs increases by increasing the concentration of sulfuric acid and acid treatment time. Besides, the further functionalization of oxidized CNTs with cerium oxide (CeO2) is done. In short, the CNTs functionalized by 7M HNO3:7M H2SO4 for 24 hours has the highest value of acid groups concentration, which is 3.67 mmol/gCNT. Nevertheless, the acid treatment of CNTs does not break the structure of CNTs.