Zarah bersaiz nano besi oksida telah dicadangkan sebagai kaedah efektif untuk menuai mikroalga yang berpotensi diguna pakai untuk dijadikan sebagai bahan api biological. Polimer bercas positif sesuai digunakan untuk merealizasikan pelampiran efektif zarah bersaiz nano besi okside di atas sel mikroalga melalui proses tarikan elektrostatik. Polimer Poly(diallyldimethylammoniumchloride)(PDDA), sejenis polimer bercas positif berpotensi dijadikan egen pelampiran bagi tujuan pemisahan kaedah magnetik untuk mikroalga Clamydomonas Reinhardtii secara efektif melalui kecerunan magnetik beraras rendah. Tahap pH disesuaikan dengan menggunakan alkali natriuk hidroksida supaya polimer PDDA berdaya untuk belampir dengan zarah bersaiz nano besi oksida pada tahap efisiensi yang lebih tinggi. Setelah berjaya dilampirkan dengan polimer PDDA, cas permukaan zarah bersaiz nano besi oksida meningkat daripada -6.01 mV to 31.87 mV. Hidrodinamik saiz zarah bersaiz nano besi oksida meningkat daripada 88.23 nm kepada 251.43 nm. Zarah bersaiz nano besi okside yang mempunyai ketumpatan sebanyak 5300 kg/m3 mewujudkan bebanan jisim terhadap mikroalga. Kelajuan daya renang mikroalga berkurang sebanyak 76.50% bagi mikroalga yang mempunyai sebatang flagella dilampir dengan zarah bersaiz nano besi oksida dan 94.30% bagi situasi sepasang flagella. Di samping itu, flagella merupakan organ penting bagi mikroalga untuk berenang. Oleh yang demikian, sebarang tindakan untuk melampirkan zarah bersaiz nano besi okside terhadapnya pasti akan menganggu proses berenang mikroalga. Apabila daya magnetic digunapakai, kelajuan berenang mikroalga meningkat sebanyak 54.1 % bagi sebatang flagella dilampir dengan zarah bersaiz nano besi oksida dan 10.18% bagi situasi sepasang flagella. Peningkatan ini disebabkan daya magnetic bertindak sebagai daya tambahan di samping dengan tenaga kinetic yang dipunyai oleh mikroalga ketika berenang. Hasil daripada kedua-dua daya ini menyebabkan kelajuan berenang mikroalga meningkat.
_______________________________________________________________________________________________________
Iron oxide nano-particles (IONPs) have been proposed as one of the effective tools for harvesting of microalgae to be used as a potential source of bio-fuel. Cationic poly electrolyte promoted effective attachment of iron oxide nano-particles (IONPs) onto microalgae cell through electrostatic attraction. Poly(diallyldimethylammoniumchloride)(PDDA),a cationic polymer, is feasible to act as binding agent to promote rapid magnetophoretic separation of Clamydomonas Reinhardtii sp. Through low gradient magnetic separation (LGMS). Iron oxide nano-particles (IONPs) which has a density of 5300kg/m3 can cause significant mass load burden on microalgae. The swimming speed of the microalgae reduced by 76.50% for microalgae with single flagella attached with PDDA functionalized IONPs and 94.30 for both flagella case. Besides, the aggregation of IONPs attached on the flagella inhibits the swimming speed of microalgae as flagella are an important organ for the microalgae to swim. Hence, any attempt to disrupt the functionality of the flagella will retard the motion of the microalgae. Lastly, when magnetic force is applied, the swimming velocity of microalgae increased by 54.1% for single flagella attached with PDDA functionalized IONPs and 10.18% for both flagella case. The increase in swimming velocity is due to magnetic force provides guided motion attraction force to the microalgae to swim towards the magnetic force.