(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Analisa dan rekabentuk pensuisan pemodulatan lebar denyut (pwm) dengan menggunakan teknik pensuisan / Mohd Faizal Mohd Zaini

Analisa dan rekabentuk pensuisan pemodulatan lebar denyut (pwm) dengan menggunakan teknik pensuisan_Mohd Faizal Mohd Zaini_E3_2005_NI
Projek tahun akhir ini yang bertajuk “Analisis Dan Rekabentuk Pensuisan Lebar Denyut Termodulat (PWM) Dengan Menggunakan Teknik Pensuisan Lembut Untuk Aplikasi Penuras Kuasa Aktif”, bertujuan untuk menganalisa dan merekabentuk litar pensuisan lebar denyut termodulat (PWM). Selain itu, projek ini juga bertujuan untuk mengaplikasikan teknik pensuisan lembut pada litar pensuisan PWM bagi kegunaan pensuisan peranti kuasa dalam penuras kuasa aktif. Pensuisan ini dapat digunakan untuk pensuisan peranti kuasa bagi melakukan proses buka dan tutup pada masa yang ditetapkan iaitu pada arus sifar ataupun pada voltan sifar. Dengan ini pensuisan peranti kuasa tidak dilakukan secara paksa ataupun tiba-tiba. Ini adalah hasil daripada pensuisan arus sifar dan pensuisan voltan sifar yang menyebabkan arus sefasa dengan voltan sumber. Teknik lebar denyut termodulat yang dipilih ialah lebar denyut termodulat bentuk sinus (SPWM). Manakala teknik pensuisan lembut diaplikasikan untuk mengatasi masalah kehilangan tenaga peranti kuasa semasa pensuisan yang berfrekuensi tinggi dan mengurangkan gangguan elektromagnetik (EMI). Peranti kuasa yang digunakan sebagai komponen dalam litar penyongsang. adalah transistor dwikutub get tertebat (IGBT-Insulated Gate Bipolar Transistor). Untuk mencapai objektif projek ini, kajian ilmiah tentang pemodulatan lebar denyut, teknik pensuisan lembut iaitu konfigurasi pensuisan voltan sifar dan penyongsang menggunakan transistor dwikutub get tertebat dilakukan. Kemudian rekabentuk litar penyongsang dengan masukan get isyarat SPWM dan pendekatan teknik pensuisan lembut dibina menggunakan perisian SIMCAD V4.1 dan PSPICE V9.2. Perbandingan dengan teori dilakukan untuk mengesahkan litar yang telah dibina. Rekabentuk prototaip dilaksanakan selepas simulasi litar diperoleh. Daripada keputusan akhir, didapati kesan daripada pensuisan lembut penyongsang dengan masukan get isyarat pemodulatan lebar denyut dapat mengurangkan kehilangan dan seterusnya mengurangkan herotan dan harmonik pada keluaran. _________________________________________________________________________________________ This final year project, which is entitled “Analysis and Design of Pulse Width Modulation (PWM) by Using Soft Switching Technique for the Application of Active Power Filter”, is intended for analyzing and designing of PWM circuit by using the soft switching technique for the use of power device switching in active power filter. This switching technique can be used for power device switching in performing the process of turn-on and turn-off on a fixed time, whether at zero current or at zero voltage. Hence, power device switching can be performed without any constraint or all of a sudden. This is the product of zero current switching and zero voltage switching, which causes current to be in the same phase with the source voltage. PWM technique that has been chosen is sinusoidal pulse width modulation (SPWM). Soft switching technique has been implemented in order to overcome problems on energy losses of power devices during high-frequency switching and on reducing the electromagnetic interference (EMI). Power device that has been used as components in the inverter circuit is insulated gate bipolar transistor (IGBT). In order to achieve this project objective, literature reviews have been done on PWM techniques, on soft switching techniques, and on inverter that used IGBT. Then, inverter circuit with PWM soft switching is designed by using SIMCAD V4.1 and PSPICE V9.2. The software simulation for the circuit is compared with theory to verify the circuit. Prototype has been developed after confirming the software simulation results. From the final results, it is found that PWM switching with the soft switching technique can be used to reduce losses and subsequently, to decrease the distortion and harmonic at the output.
Contributor(s):
Mohd Faizal Mohd Zaini - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
English
Subject Keywords:
Pulse Width Modulation; power filter; zero voltage switching
First presented to the public:
3/1/2005
Original Publication Date:
8/6/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 80
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-08-06 15:27:16.784
Date Last Updated
2019-01-07 11:24:32.9118
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Analisa dan rekabentuk pensuisan pemodulatan lebar denyut (pwm) dengan menggunakan teknik pensuisan / Mohd Faizal Mohd Zaini1 2018-08-06 15:27:16.784