Pembangunan dan peningkatan kawasan tak boleh telap akan memberi kesan kepada
proses hidrologi dan hidraulik dan mengurangkan kualiti air di sungai. Untuk
menyelesaikan masalah yang timbul akibat dari sistem perparitan konventsional, satu
pendekatan baru telah diperkenalkan untuk menguruskan air larian ribut .Sistem
Saliran Bio-Ekologikal (BIOECODS) membentuk satu alternatif yang berdasarkan
konsep kawalan pada punca dengan menggunakan ekologikal swale dan kolam
ekologikal untuk menguruskan air larian ribut di USM Kampus Kejuruteraan di
NIbong Tebal. Walau bagaimana pun kajian ini hanya memfokus kepada keupayaan
ekologikal swale dalam menyingkirkan bahan enap cemar. Kajian mengenai kualiti air
ribut di ekologikal swale telah dijalankan menggunakan kaedah pensampelan secara
rawak. Sampel diambil di hulu dan hilir di sepanjang ekologikal swale dan kemudian
di bawa ke makamal untuk dianalisis. Parameter yang terlibat ialah TSS, TP dan Pb.
Pengurangan kepekatan bahan enap cemar dari hulu ke hilir membuktikan bahawa
ekologikal swale amat berkesan dalam menyingkirkan bahan enap cemar.
Keberkesanan swale menyingkirkan TSS adalah berkurangan jika berlakunya
peningkatan kadar alir akibat dari proses fizikal (contohnya pemendapan dan
penyusupan). Penyingkiran TP dan Pb juga berkurangan sekiranya kadar alir
meningkat.
_______________________________________________________________________________________________________
As development and impermeability increase in an area, it can have significant impact
on hydrologic and hydraulic process as well as degradation of water quality on
receiving waters. In order to solve the entire problem caused by the conventional
drainage system, a new approach has been introduced to manage the storm water. Bio-
Ecological Drainage system (BIOECODS) forms an alternative method based on
control at source approach to manage storm water quality at USM Engineering
campus, Nibong Tebal by using ecological swales and ecological pond. However this
study only focuses on the capability of an ecological swale in terms of pollutant
removal. A storm water quality monitoring at an ecological swale is being carried out
by using sampling method. Samples are taken from upstream and downstream along
ecological swale. And then, samples are analyzed in laboratory to identify the level of
pollutant. Parameter analyzed in laboratory includes TSS, TP and Pb. Reduction in the
concentration of pollutants from upstream to downstream show that ecological swale is
very effective to remove pollutant. The performance of swales in term of pollutant
removal diminished with increasing flow rate for TSS, due to the importance of
physical process (sedimentation and filtration) in their removal. TP and Pb removal
also decrease because of the increasing of flow rate.