Feri Pulau Pinang merupakan salah satu ragam pengangkutan yang digunakan untuk
menuju ke Pulau Pinang dan Seberang Perai. Namun pada hari ini, perkhidmatan ini
menjadi semakin kurang digunakan ekoran daripada pembinaan Jambatan Pulau Pinang
pada tahun 1985. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui perkhidmatan feri pada
masa sekarang, mengkaji kemampuan perkhidmatan ini untuk bertahan pada masa akan
datang dan juga mengenal pasti pesaing-pesaing feri seperti Jambatan Pulau Pinang dan
Laluan Kedua Pulau Pinang yang dicadang untuk dibina kelak. Dalam kajian ini,
maklumat primer dan sekunder telah digunakan. Maklumat primer telah diperolehi
melalui kaedah soal selidik dan temubual. Keputusan yang diperolehi daripada kajian
ini menunjukkan bahawa perkhidmatan ini mengalami kerugian dalam operasi
hariannya di samping pengguna yang semakin berkurangan menggunakan perkhidmatan
ini. Sekiranya keadaan ini tidak diperbaiki, kemapanan perkhidmatan Feri Pulau Pinang
akan terjejas. Cadangan seperti menaikkan taraf perkhidmatan feri kepada feri laju jenis
catamaran dan membina pusat perniagaan di terminal feri perlu diteliti agar
perkhidmatan ini menjadi pilihan pengguna. Tanpa cadangan alternatif seperti ini,
perkhidmatan feri sebenarnya tidak mampu lagi untuk meneruskan operasi hariannya.
_______________________________________________________________________________________________________
Penang ferry is one of the modes of transportation used to traverse between Penang and
Seberang Perai. However, this service has become less popular after the construction of
the Penang Bridge in 1985. The objective of this research is to review the current ferry
service, to identify the challenges from present and future competitor which are the
Penang Bridge and the Penang Second Link in the future and also to determine whether
this service can sustain itself in the future. For this research, primary and secondary data
have been used. Primary data are obtained by distributing questionnaire and through
interview. The result from this research shows that this service is losing money in its
daily operation and facing decreasing number of passenger. If this situation does not
improve, the sustainability of the Penang ferry services will be affected. The suggestion
to upgrade the current ferry service to make it faster and to build a business center at the
ferry terminal should be considered carefully to make sure that this service will become
the passengers’ choice. Without this alternative suggestion, the ferry service is not
expected to survive and continue its daily operation.