Secara amnya, panjang cerucuk segiempat pratuang bertetulang adalah dihadkan
dalam 12 meter disebabkan oleh kekangan penghantaran dan pengurusan. Sambungan
cerucuk diperlukan untuk penyambungan cerucuk pada keadaan di mana panjang
ceruruk melebihi 12 meter diperlukan. Kekuatan sambungan cerucuk tidak harus
kurang daripada seksyen cerucuk yang disambungkan dalam semua konteks.
Komponen cerucuk segiempat pratuang bertetulang adalah terdiri daripada plat
hujung cerucuk, bar pertengahan, ‘anchor bar’, dan kambi keluli lembut. Objektif
untuk projek tahun akhir ini ialah untuk menjalankan penyiasatan lanjutan melalui
eksperimen tentang kesan ketebalan plat hujung cerucuk pada kapasiti sambungan
cerucuk pada kedua-dua tahap had perkhidmatan dan tahap had muktamad serta
ragam kegagalan sambungan cerucuk segiempat pratuang bertetulang pada tahap had
muktamad. Keputusan yang diperolehi telah menunjukkan bahawa pertambahan
ketebalan plat hujung cerucuk akan menjadikan sambungan cerucuk mempunyai
keupayaan momen yang lebih tinggi seperti yang berikut: 4.624 kN m (4 mm plat
hujung), 7.208 kN m (6 mm plat hujung) dan 10.374 kN m (8 mm plat hujung).
Ragam kegagalan adalah berbeza untuk spesimen yang berlainan ketebalan plat
hujung cerucuk. Ragam kegagalan untuk ketebalan plat hujung cerucuk 4 mm adalah
disebabkan oleh lenturan tempatan yang keterlaluan pada sambungan kimpalan antara
‘anchor bar’ dengan plat hujung. Untuk ketebalan plat hujung cerucuk 6 mm pula,
ragam kagagalannya adalah secara amnya disebabkan oleh kegagalan tertarik keluar
dari plat hujung. Sementara itu, ragam kegagalan untuk ketebalan plat hujung cerucuk
8 mm boleh dikelaskan sebagai kegagalan keratan pada konkrit bertulang.
_______________________________________________________________________________________________________
Precast reinforced concrete pile length is generally limited to 12 meters due to
transportation and handling constraints. Pile joints are needed to lengthen the pile for
certain circumstances where pile length exceeding 12 meters is needed. The joints
strength should not be less than in all respects to that of the pile section joined. The
components of RC square pile joint consist of pile end plate, centering bar, anchor bar
and mild steel skirting. The objective of this final year project is to further investigate
by means of experiment on the effect of end plate thickness on capacity at both
serviceability and ultimate limit states and failure mode of RC pile joints at ultimate
limit state. The result obtained shows that increasing of end plate thickness will lead
to the higher moment capacity of the pile joints as follows: 4.624 kN m (4 mm end
plate), 7.208 kN m (6 mm end plate) and 10.374 kN m (8 mm end plate). The failure
modes of specimens differ for different end plate thickness. For the case of 4 mm end
plate thickness, specimen failure mode is caused by the local excessive bending at
welded connection between anchor bar and the end plate. For 6 mm end plate
thickness specimen, the failure mode is mainly due to pull-out failure. Meanwhile, the
failure mode for the 8 mm case is classified as failure of RC section.