Lebih banyak hujan lebat disebabkan oleh perubahan iklim terbukti memburukkan lagi
kehakisan dan akhirnya hakisan. Kajian terdahulu telah mengemukakan sistem
hamparan 8R yang boleh menambah baik kestabilan cerun dan kawalan hakisan.
Objektif kajian ini adalah pertama untuk mendapatkan trend hujan dan indeks iklim
ekstrem, kedua untuk menentukan kehakisan hujan menggunakan indeks Fournier
terubah suai dan akhir sekali untuk mengenal pasti hubungan di antara kelebatan hujan
dan kestabilan system hamparan 8R. Empat lokasi bertempat di rantau utara
semenajung Malaysia dipilih. Variasi hujan tahunan dan monsun jangka masa panjang
(30 tahun) dikaji. Daripada plot siri masa dan analisa trend variasi purata tahunan,
hanya Kangar memberikan trend negatif yang signifikan menunjukkan Kangar akan
menjadi lebih kering. Analisa iklim ekstrim menunjukkan semasa monsun barat daya,
Kangar menjadi lebih kering dari tahun ke tahun. Sementara itu, Simpang Ampat
menjadi lebih lembab pada monsun timur laut. Stesen lain menunjukkan trend iklim
ekstrim yang tidak signifikan. Kajian keseluruhan tentang kehakisan hujan
menggunkan indeks Fournier terubah suai menunjukkan rantau kajian ini dibawah
impak kehakisan hujan sederhana dan rendah. Kajian pada tahap hakisan
menggunakan kehakisan hujan dan kebolehhakisan tanah di tapak pembinaan sistem
hamparan 8R menunjukkan rantau ini berada dibawah tahap tinggi empat (HL4) tahap
hakisan mendorong tanah runtuh. Akhir sekali didapati bahawa tiada hubungkait yang
signifikan di antara kelebatan hujan dan kestabilan sistem hamparan 8R diperolehi.
Penggunaan batu terhancur sebagai bahan pemenuh dan pembinaan longkang
membantu air dari memberi kesan kepada kestabilan sistem ini.
__________________________________________________________________________________
More intense rainfalls caused by climate change proven to worsen erosivity and
ultimately erosion. A previous study has come up with 8R mat system that can improve
slope stability and erosion control. The objectives of this study are first to obtain the
trend for rainfall and climate extreme indices, second to determine the rainfall erosivity
using Modified Fourneir Index and lastly to identify the relationship between rainfall
intensity and the stability of 8R mat system. Four stations located in the northern
region of Peninsular Malaysia were chosen. The yearly and monsoonal variations of
long-term rainfall (30 years) data were studied. From the time series plot and trend
analysis of mean yearly variations, Kangar provides negative significant trend
indicates that Kangar will be drier. The climate extreme indices analysis shows that
during southwest monsoon season, Kangar becomes drier year by year. Meanwhile,
Simpang Ampat are getting wetter in northeast monsoon season. Other stations show
insignificant trend of climate extreme indices. The overall studies of rainfall erosivity
using Modified Fournier index show that the study area is under the moderate and low
impact of rainfall erosivity. The study on erosion level using rainfall erosivity and soil
erodibility at 8R mat system construction site shows that the area is under High Level
4 (HL4) level of erosion induced landslide. Finally, it is found that no significant
correlations between rainfall intensity and horizontal movement of the 8R mat system.
The usage of crusher run as the filling material and the construction of drain helps to
prevent water from affecting the stability of this system.