Faktor hakisan akibat daripada air larian (R) daripada rumus RUSLE (Revised
Universal Soil Loss Equation) adalah salah satu petunjuk yang penting untuk meramal
risiko hakisan tanah. Walaubagaimanapun, kekurangan data untuk jangka masa
panjang dan yang berterusan menjadi satu masalah dalam menentukan faktor R ini.
Masalah ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di negara-negara lain juga. Ini
dapat dilihat daripada kajian penyelidik-peyelidik daripada seluruh dunia. Tujuan
kajian ini adalah untuk membentuk cara dan rumus-rumus untuk mengira faktor R
dengan hanya menggunakan data harian dan bulanan di Semenanjung Malaysia
(terutamanya di bahagian utara). Data setiap jam dan harian diambil untuk pengiraan
dan membentuk rumus-rumus ini. Salah satu cara digunakan adalah menggunakan
Indeks Fournier. Satu perhubungan antara hakisan air larian dan indeks ini
didapatkan. Satu lagi cara adalah melibatkan tiga parameter iaitu nilai bulanan
hakisan air larian (EI30), jumlah hujan bulanan untuk hari yang nilai hujannya ≥
10mm dan jumlah bilangan hari dalam satu bulan di mana nilai hujannya juga ≥
10mm. Rumus-rumus yang terbentuk menggunakan dua cara ini boleh digunakan
dengan adanya data hujan harian sahaja. Daripada kajian ini, nilai hakisan air larian
(R) yang didapati adalah dalam lingkungan 6576 hingga 9094 MJ mm ha-1 h-1 year-1.
Program GIS (Geographic Information System) digunakan untuk menginterpolasikan
semua nilai yang didapatkan dalam satu peta. Peta bulanan dan tahunan untuk semua
nilai ini dibentuk.
_______________________________________________________________________________________________________
Rainfall-runoff erosivity factor (R) of the revised universal soil loss equation
(RUSLE) is one of the important indicators to predict erosion risks. However, lack of
long term and continuous pluviograph data is becoming a problem to determine the R
factor. This problem does not only exist in Malaysia but everywhere in the world as
shown by researchers around the world. The purpose of this study is to develop
models (equations) for calculating the R-factor with only daily and monthly data for
Peninsular Malaysia (mainly for the northern part of Peninsular Malaysia). Hourly
and daily data of six different stations were used to create these equations. One of the
methods used was by using the Fournier index. A relationship between the rainfall
erosivity and the Fournier index was determined. Another method was to get a
relationship involving three parameters which are the monthly rainfall erosivity (EI30),
monthly rainfall for days with ≥ 10mm and monthly number of days with rainfall ≥
10mm. These two equations which are produced in this study can be used to
determine the rainfall-runoff erosivity factor with just daily and monthly data. From
this study, the annual rainfall erosivity calculated in northern Peninsular Malaysia
ranged from 6576 to 9094 MJ mm ha-1 h-1 year-1. A geographic information system
(GIS) was used to interpolate the values and generate a map to show spatial variations
of the rainfall erosivity. Maps for monthly and annual rainfall erosivity factor
distribution are developed.