Projek ini memfokuskan lakaran litar untuk mendapatkan lengkungan BH dan mencirikan sifat pemagnetan arus ulang alik untuk bahan feromagnet. Melalui projek ini, saya cuba mendapatkan lengkungan BH di mana masukan frekuensi yang berbeza-beza di aplikasikan. Lengkungan BH untuk bahan magnetik menghubungkaitkan antara kepadatan fluks magnetik dengan intensiti medan magnetik itu sendiri. Justeru itu, ketelapan sesuatu bahan adalah nisbah berdimensi yang merupakan faktor penting untuk menerangkan kualiti bahan tersebut. Lengkungan BH untuk bahan magnetik yang bersifat ideal adalah garisan linear di mana kecerunan garisan bersamaan dengan ketelapan bahan magnetik tersebut. Kesan praktikal termasuk ketepuan magnetik akan menghadkan pencapaian maksimum kepadatan fluks dalam sesuatu bahan magnetik dan menghasilkan lengkungan BH yang tidak linear. Sebelum memulakan projek ini,saya mendapatkan keputusan litar projek melalui program simulasi. Untuk tujuan tersebut, saya menggunakan sejenis program yang dinamakan program Electronics Workbench Circuit Simulation (EWB). Selepas itu, satu ujikaji praktikal dijalankan untuk mendapatkan keputusan sama seperti program simulasi. Bahagian gegelung primer dan gegelung sekunder untuk bahan feromagnetik iaitu teras berbentuk cincin dililitkan dengan nilai yang sama iaitu sebanyak 100 lilitan. Gegelung primer dibekalkan dengan input gelombang sinusoid dengan mengubah nilai masukan frekuensi. Saya menggunakan ICL 8038 yang bertindak sebagai penjana kuasa elektrik untuk mengubah nilai masukan frekuensi. Ianya dapat menghasilkan gelombang sinusoid untuk frekuensi yang berbeza mengikut keperluan.Selain itu, projek ini juga membincangkan tentang teknik untuk mendapatkan nilai kepadatan fluks, kepekatan magnetik dan ketelapan teras. Pengukuran tersebut memerlukan dua bahagian lingkaran (eksitasi dan pengukuran) untuk bahan yang dikaji. Arus aliran elektrik untuk lingkaran pertama dihasilkan oleh kuasa pembekal. Lengkungan magnet untuk histeris, kepadatan fluks, kekuatan medan magnetik, arus elektrik dan ketelapan teras diukur dan dikira.
___________________________________________________________________________________
This project presents the design of analog circuitry to get the BH curve and characterize the ac magnetization of ferromagnetic material. In this project, I will measure the BH curve for ferromagnetic material while varying the input frequency. The BH curve of a magnetic material represents the relationship between its magnetic flux density B as a function of the magnetic field intensity H. Then, permeability is the dimensionless ratio which is a very important index of the quality of the material. For an ideal lossless linear magnetic material the curve would be straight line whose slope is equal to the permeability µ of the material. Practical effects include magnetic saturation will limits the maximum achievable magnetic flux density in the material so causes the BH curve to be non-linear. Before starting this project, I have got the simulation result for the design circuit. For this purpose, I have used Electronic Workbench Circuit Simulation (EWB) program to run the simulation circuit. After that, an experiment is carried out to determine those results similar to simulation program. Ferromagnetic material prepared as ring cores are wound with equal number of turns for the primary and secondary windings which is 100 turns each. The primary winding is excited with sinusoidal supply of varying voltage amplitude. For varying frequencies, ICL 8038 is used as function generator. It can produce sinusoidal waveform with desired frequencies. This project also discusses the methods of measurement for the flux density, magnetic field intensity and core permeability. The measurement requires two
coils(excitation and measuring) on the examined material. The current of the first coil is generated by the power supply. The magnetic hysteresis curve, flux density, field intensity, excited current and core permeability are measured and calculated.