Harga gas asli yang semakin tinggi disebabkan oleh keperluan tinggi dan isu-isu percemaran alam sekitar yang disebabkan oleh pelepasan metana dan karbon dioksida(gas rumah hijau) daripada biogas telah menyumbang kepada menaikkan taraf biogas. Dalam Kajian ini, penjerap UiO66 telah dipilih untuk menaikkan taraf biogas. Penjerap UiO66 telah disediakan dan dicirikan dengan menggunakan analisa Pembelauan Sinar-X (XRD), analisa Brunauer–Emmett–Teller (BET), analisa Mikroskopi Elektron Imbasan (SEM), analisa X-Ray Tenaga Sebaran (EDX) dan analisa saiz partikel. Ujian pencirian menunjukkan penjerap UiO66 ialah berliang-meso, kristal struktur dan bentuk celah serta mempunyai BET kawasan permukaan yang rendah. Kajian masa titik bolos dilakukan pada penjerap UiO66 dengan menggunakan komposisi gas(30%CH4-70%CO2) dalam tekanan 3 bar. CO2 dibuktikan sedikit baik daripada CH4 bila diserapkan ke dalam penjerap UiO66 kerana masa titik bolos CO2 panjang sikit daripada titik bolos CH4. Masa pelepasan dan penyerapan telah ditentukan berdasarkan pada masa titik bolos dan masa tepu untuk memperolehi ketulenan dan pemulihan gas karbon dioksida dan metana daripada penjerapan buaian tekanan. Maksimum ketulenan and pemulihan gas CO2 ialah 82.70% dan 36.24%, maksimum ketulenan and pemulihan gas CH4 ialah 38.22% dan 86.92% dalam 3.2 minit (masa penyerapan) dan 3minit (masa pelepasan) dengan menggunakan tekanan 3 bar.
_______________________________________________________________________________________________________
High price of natural gas due to high demand and environmental issues that caused by releasing methane and carbon dioxide (greenhouse gases) from biogas make biogas upgrading necessary. In this study, UiO66 adsorbent in pressure swing adsorption (PSA) processes was selected for biogas upgrading. The UiO66 adsorbent was prepared and characterized using X-Ray Diffraction (XRD) analysis, Brunauer–Emmett–Teller (BET) Analysis, Scanning Electron Microscope (SEM) analysis, Energy Dispersive X-Ray (EDX) analysis and Particle Size Analysis. The characterization tests showed that UiO-66 was mesoporous, slit-shaped, has low BET surface area and crystalline structure. Breakthrough study was carried out on the UiO66 adsorbent with feed gas composition (30%CH4 - 70% CO2) under 3 bar. CO2 is the slightly strong adsorbed species compared to CH4 in a UiO66 adsorbent which was proven by its slightly longer breakthrough time than CH4 breakthrough time. Blowdown and adsorption time were selected based on breakthrough and saturated time and applied in PSA to obtain purity and recovery of CO2 and CH4. Maximum purity and recovery of CO2 are 82.70% and 36.24% respectively whereas maximum purity and recovery of CH4 are 38.22% and 86.92% respectively at 3.2 minutes of adsorption time and 3 minutes of blowdown time under 3 bar.