Penggunaan air yang mampan boleh mengekalkan keseimbangan permintaan dan bekalannya. Sistem penuaian air hujan (SPAH) adalah kaedah pengurusan terbaik dalam amalan pengurusan air yang berkesan di Malaysia. SPAH adalah kaedah paling tradisional dan mampan kerana system ini bertujuan untuk melambatkan aliran larian permukaan dan mempromosikan penggunaan kecekapan air. Kajian SPAH dilakukan di Surau An-Nur. Pengumpulan air hujan telah dilakukan di antara Oktober 2017 dan April 2018. Bagi kajian ini, parameter air hujan telah dianalisis dari segi fizikal, kimia dan biologi. Dari ujian, kekeruhan adalah 3-7 mg/L, pH ialah 5.13-6.44, oksigen larut adalah 5.76-7.73 mg/L, kandungan besi adalah 0-0.011 mg/L, kandungan tembaga 0-0.012 mg/L, jumlah coliform adalah 0-0.13 MPN dan jumlah pepejal terampai adalah 3-7
mg/L. Berdasarkan hasil yang diperoleh, ia menunjukkan air hujan sesuai untuk digunakan untuk wudhuk. Reka bentuk telah dilakukan menggunakan Perisian Tangki Nahrim dan kos pemasangan telah dikira. Saiz tangki ialah 1.75 m3 dan jumlah kos
pemasangan sistem penuaian air hujan ialah RM 1571.00.
_______________________________________________________________________________________________________
Sustainable use of water could maintain a balance of its demand and supply. Rainwater harvesting system is a best management method in effective water management practice in Malaysia. RHW is the most traditional and sustainable method because this system aims to slow down the flow of surface runoff and promote efficiency use of water. The study of RHW was conducted at Surau An-Nur. The rainwater collection had been done in between October 2017 and April 2018. For this study, the parameters of rainwater have been analysed for the physical, chemical and biological. From the test, turbidity is 3-7 mg/L, pH is 5.13-6.44, dissolve oxygen is 5.76-7.73 mg/L, iron content is 0-0.011 mg/L, copper content is 0-0.012 mg/L, total coliform is 0-1.3 MPN and total suspended solids is 3-7 mg/L. Based on the result obtained, it indicates the rainwater is suitable to be used for ablution. The design had been done using Tangki Nahrim Software and installation cost had been calculated. The size of the tank is 1.75 m3 and the total cost of the installation rainwater harvesting system is RM 1571.00.