(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Pembuktian anggapan analisa geoteknik (pergerakan tanah) menggunakan model fizikal

Pembuktian anggapan analisa geoteknik (pergerakan tanah) menggunakan model fizikal / Akhtarul Norfaiza Che Nen
Beberapa kajian model fizikal dijalankan bagi membuktikan teori analisa geoteknik tentang pergerakan sisi menurut Rankine. Secara umumnya, kajian ini adalah dibuat bagi melihat pergerakan tanah dan permukaan gelongsoran bagi membuktikan teori analisa geoteknik yang telah sedia ada. Ujian bebanan di dapati dapat menunjukkan enapan tanah berdasarkan tekanan tegak di bawah beban permukaan. Enapan lebih tinggi di dapati pada bahagian yang mempunyai tekanan lebih tinggi sementara di bahagian tekanan lebih rendah enapannya adalah kurang. Tekanan tinggi di bahagian tengah di bawah bebanan dan tekanan yang kurang di bahagian tepi adalah menurut agihan beban yang terbentuk seperti mentol atau ‘stress bulb’. Walau bagaimanapun ujian yang sama gagal menunjukkan dengan jelas permukaan gelongsoran ke arah sisi walaupun tekanannya dapat direkodkan. Walau bagaimanapun, sudut rehat selepas pergerakan bagi pasir boleh diperolehi daripada ujian yang dilakukan di mana sudut ini adalah penting untuk kerja-kerja pembinaan. Kehadiran zarah longgar dan zarah mampat yang teragih semasa ujian dapat juga dibuktikan. Secara keseluruhan teori analisa geoteknik tentang pergerakan tanah tidak dapat dilihat dengan jelas bagi membuktikannya melalui model-model yang telah dibina. Untuk melihat pergerakan yang lebih jelas beberapa penambahbaikan perlu dilakukan dalam kajian khususnya bagi membuktikan teori analisa geoteknik tentang pergerakan tanah. Saiz model haruslah lebih besar dan tempoh pemerhatian secara berterusan haruslah berjalan selama sekurang-kurangnya satu bulan. _______________________________________________________________________________________________________ A number of tests were conducted on physical models to verify various phenomena associated with soil movements in geotechnical engineering. Generally, the purpose was to observe movement and sliding surfaces during geotechnical processes. The load test on a model soil showed that soils settlement is having a higher magnitude in the middle right below the loading. Thus, the higher stress has resulted in greater settlement. The result partly verifies the ‘stress bulb’ but in way of observing settlement. The same test however failed to show the lateral sliding movement. A second experiment has resulted in angle of repose determined during the test. Angle of repose is important for construction works. Loose and dense soil grain distribution inside the material can also be observed. The overall result however failed to show any clear movement of soil during failure either in passive or active Rankine state. To improve the performance of the tests, the model should be larger than already constructed and period of observation should also be larger, say at least a month.
Contributor(s):
Akhtarul Norfaiza Che Nen - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875002804
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
physical; soil; geotechnical
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
9/9/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 99
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-09 14:51:48.136
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Pembuktian anggapan analisa geoteknik (pergerakan tanah) menggunakan model fizikal1 2020-09-09 14:51:48.136