(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Pembangunan penuras kuasa aktif sambungan selari dalam mengurangkan harmonic/Norhasniza Md Razali

Pembangunan penuras kuasa aktif sambungan selari dalam mengurangkan harmonik_Norhasniza Md Razali_E3_2006_NI
Penuras kuasa aktif menggunakan pensuisan elektronik kuasa untuk menjana arus harmonik yang akan membatalkan arus-arus harmonik yang dihasilkan oleh beban tidak linear. Sehubungan itu, projek ini dibangunkan dengan menggunakan topologi penyongsang sumber voltan tiga-fasa sebagai penuras kuasa aktif dengan kaedah kawalan Pemodulatan Lebar Denyut Bersinus (SPWM) dengan frekuensi pensuisan yang tinggi bagi menghasilkan keluaran arus setiap fasa yang akan membatalkan harmonik yang terhasil akibat penggunaan beban tidak linear pada sistem talian penghantaran tiga fasa. Projek dimulakan dengan menjalankan kajian ilmiah mengenai topologi yang terlibat, seterusnya proses merekabentuk serta simulasi litar menggunakan perisian PSPICE 9.1 dan kemudian diikuti dengan pembangunan prototaipnya. Kedua-dua kaedah analog serta digital diaplikasikan terhadap rekabentuk litar-litar untuk pensuisan MOSFET pada penuras serta litar keseluruhan bagi memastikan keluaran yang dihasilkan adalah mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Objektif projek untuk merekabentuk satu penuras aktif kuasa berjaya dicapai secara simulasi dan juga praktikal namun pengurangan harmonik pada talian hanya berjaya dibuktikan secara simulasi. Litar pembuktian secara praktikal tidak dapat diteruskan disebabkan faktor kekangan masa. ______________________________________________________________________________________ An active power filter uses power electronic to generate harmonic current that will cancel the harmonic currents from a nonlinear load. This project is using the three-phase Voltage Source Inverter (VSI) topology as the active power filter with the Sinusoidal Pulse-Width Modulation technique of high frequency switching to produce current outputs of each phase that will cancel the harmonics produced by the usage of nonlinear loads at the three phase transmission line system. This project is started by studying the involved topology, and then designing and simulating circuits using PSPICE V9.1 software. After that, the practical circuits are developed. Both analog and digital methods are applied to the MOSFET switching circuits design in the filter and also for the overall circuits to make sure that the outputs are within the specifications decided. The objective of the project that is to design an active power filter was achieved in both simulation and practically. While the harmonics decrement only can be proved by simulation. The practical circuit cannot be continued because of the lack of time.
Contributor(s):
Norhasniza Md Razali - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
power filter; topology; transmission
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
3/19/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 77
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-03-19 09:55:24.612
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Pembangunan penuras kuasa aktif sambungan selari dalam mengurangkan harmonic/Norhasniza Md Razali1 2019-03-19 09:55:24.612