(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Pembangunan sistem pengekod untuk pengukuran laju motor arus terus /Mohd Azizi Mohd Azmi

Pembangunan sistem pengekod untuk pengukuran laju motor arus terus_Mohd Azizi Mohd Azmi_E3_2006_NI
Dalam bidang kejuruteraan, pengukuran adalah sangat penting. Ketepatan dan kejituan dalam sesuatu rekabentuk menentukan kualiti yang terbaik. Pengukuran laju merupakan salah satu bidang dalam kejuruteraan. Pembinaan sistem pengekod ini adalah untuk mengukur laju motor arus terus bagi suatu lingkungan saiz diameter rotor. Projek ini menggabungkan beberapa fasa penting dalam merekabentuk sistem pengukuran ini. Fasa-fasa tersebut adalah litar pembeda, untuk menukar perubahan pada roda pengekod kepada isyarat analog; litar penyahkod yang menggunakan cip D-Flip Flop, untuk membina isyarat digit kepada isyarat denyut yang telah dibilang; litar pengawal mikro PIC16F877, untuk membaca isyarat denyut dan mengira serta menghantar bacaan ke litar paparan LCD; litar paparan LCD, untuk memapar halaju rotor; dan rekabentuk roda pengekod. Kelebihan rekabentuk roda pengekod adalah ianya boleh digunakan pada suatu julat saiz motor arus terus. Sistem pengukuran halaju ini boleh digunakan pada putaran motor mengikut dan melawan arah jam. Rekabentuk ini juga mempunyai ciri-ciri mesra pengguna dan sesuai digunakan untuk pengukuran dalam amali, latihan mahupun dalam sesuatu kajian yang sedang dijalankan. ______________________________________________________________________________________ In engineering, measurement is important. The accuracy of a product or design represent its quality. Speed is one of the measurement that is really important in engineering and other aspects. The development of the speed measurement using encoder system is used to measure the rotation speed of a direct current (DC) motor. The DC motor can be a range of size of its shaft diameter that can be measured. This project combined 5 phases of design to build this project. The 5 phases are encoder wheel, comparator circuit, decoder circuit, PIC16F877 microcontroller circuit, and LCD display circuit. This design can measure the speed in forward and backward rotation. Its interfaces is user-friendly and it is convenient to use it in the lab or home. This design can help lecturers or students doing their practical or research. This system has worked according to its program but still it cannot get the highest accuracy in measuring the speed of DC motor.
Contributor(s):
Mohd Azizi Mohd Azmi Mohd Azmi - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
English
Subject Keywords:
measurement; encoder wheel,; comparator circuit
First presented to the public:
3/1/2006
Original Publication Date:
2/8/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 57
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-02-11 12:08:22.11
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Pembangunan sistem pengekod untuk pengukuran laju motor arus terus /Mohd Azizi Mohd Azmi1 2019-02-11 12:08:22.11