(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Development of algorithm to detect presence of animal in digital image

Development of algorithm to detect presence of animal in digital image / Koik Boon Tatt
Pengesanan haiwan boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi terutamanya pengesanan pencerobohan haiwan untuk tujuan keselamatan bagi memastikan kesejahteraan hidup manusia dan kesempurnaan aset. Oleh itu, perkembangan algoritma untuk mengesan kehadiran hai wan menjadi satu topik dalam pelbagai penyelidikan. Tujuan utama kerja penyelidikan ini adalah untuk memproses berbilang bingkai imej pegun yang bertindak sebagai aliran video yang telah dileraikan kepada beberapa imej. Dalam penyelidikan ini, suatu kaedah pemp rosesan imej dicadangkan mengaplikasikan pendekatan perbandingan imej berbilang bingkai berdasarkan penolakan latar belakang. Setiap piksel dalam berbilang imej dibezakan dengan imej-imej yang lain, diikuti dengan penapisan ambang yang telah dipratentukan. Tujuan pena pisan ambang adalah untuk menapis hingar-hingar imej dan ia dilaksanakan untuk mendapat satu keluaran anggaran kasar yang akan diproses selanjutnya. Data pelbagai imej piksel dalam ungkapan Boolean dibandingkan untuk mengurangkan pengesanan positif palsu haiwan. Untuk mengurangkan lagi hingar dan mengesan haiwan dengan lebih efisien, komponen yang saling bercantuman dan operasi penandaan rantau dilaksanakan untuk mengelaskan kawasan rantau yang dikesan, diikuti oleh operasi ambang kawasan imej untuk terus menghapuskan kawasan imej yang tidak diingini dalam bingkai imej. Dengancaraini, haiwan yang dikesan dalam imej akan menjadi lebih jelas dalam imej hasil. Akhirnya, haiwan yang dikesan dalam imej akan ditanda dengan bingkai segiempat tepat merah untuk diproses selanjutnya. Memandangkan kaedah yang dicadangkanboleh diaplikasikan kepadapelbagaijenisdata masukan, potensinya untuk diaplikasikan dalam senario kehidupan sebenar dalam aspek pengesanan pencerobohan haiwan adalah sangat tinggi. __________________________________________________________________________________________________________ Animal detection can be used in wide range of applications especially intrusion detection of animal for security reason to ensure the safety of human life and assets. Therefore, developments of an algorithm to detect the presence of animal become a topic in various researches. The main purpose of this research work is to process multiple static image frames which act as A stream of video that been chopped into multiple images. In this research, an image processing method is proposed using multiple image frames comparison approach based on background subtractions. Every pixel in the multiple images subtract with other images, followed by predefined threshold filtration. The purpose of the threshold filtration is to filter the noises of natural image is performed to obtain an initial, rough output to be further processed. Multiple images pixels’ data in Boolean expression are compared to reduce false positive detection of animal is performed. To reduce the noise further and for a more complete detection of animal, connected component and region labelling operation being implemented to group and classify detected area region, followed by area threshold’s operation to further eliminate unwanted anomalies in image frames. In this way, the detected animal in images will be more obvious in the result’s images. At last, the detected animal in images will be marked with rectangle frame of red colour to be further processed. Since the proposed method can work various types of input data, its potential to be applied in real life animal intrusion detection scenario is very high.
Contributor(s):
Koik Boon Tatt - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875004743
Barcode : 00003096411
Language:
English
Subject Keywords:
algorithm; animal; video
First presented to the public:
6/11/2012
Original Publication Date:
3/12/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-03-12 10:22:00.648
Date Last Updated
2019-01-07 11:24:32.9118
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Development of algorithm to detect presence of animal in digital image1 2018-03-12 10:22:00.648