(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Kaedah pengesanan lokasi gangguan dalam talian penghantaran kuasa / Wong Tai Tiong

Kaedah pengesanan lokasi gangguan dalam talian penghantaran kuasa_Wong Tai Tiong_E3_2007_NI_875002776
Projek ini mengkaji tentang gangguan pada talian penghantaran jenis pendek untuk jenis gangguan satu fasa ke bumi. Apabila gangguan berlaku pada talian penghantaran, pengesanan lokasi gangguan adalah sangat penting bagi memulihkan bekalan elektrik supaya tidak menyebabkan terputusnya bekalan elektrik kepada para pengguna. Dalam projek ini, satu kaedah pengesanan lokasi gangguan telah diperkenalkan berdasarkan teknik galangan. Idea utama bagi kaedah tersebut ialah menyambungkan dua sumber voltan yang sama pada kedua-dua hujung talian penghantaran, nilai voltan dan arus gagal yang mengalir pada talian diukur dan digunakan untuk menyelesaikan satu persamaan yang dapat menganggar lokasi gangguan. Sekiranya fasa talian penghantaran yang diuji tidak mengalami kerosakan, tiada arus yang akan mengalir, maka kesan kearuhan terhadap fasa yang terganggu saling dapat diabaikan. Keadah penganggaran ini telah dibuktikan benar melalui kaedah simulasi dan kaedah ujikaji. Keputusan simulasi dan ujikaji menunjukkan bahawa lokasi gangguan adalah tidak bersandar kepada arus gagal dan rintangan gagal. Di samping itu, satu program yang dapat mengira lokasi gangguan telah dihasilkan menggunakan bahasa pengatucaraan C++ berdasarkan keadah penganggaran lokasi yang diperkenalkan. Program tersebut dapat digunakan untuk mengira lokasi rosak dengan menggunakan nilai galangan talian, voltan, arus gagal dan rintangan gagal. Dengan menggunakan program ini, lokasi gangguan pada talian penghantaran dapat dianggarkan dengan cepat dan tepat. Untuk pembangunan masa hadapan, adalah lebih sempurna jika kaedah pengesanan lokasi gangguan boleh digunakan untuk menentukan lokasi gangguan untuk semua jenis gangguan pada talian penghantaran kuasa yang lebih panjang jaraknya. _________________________________________________________________________________________ This project studies the practical method for fault location determination for single phase to ground fault on short type transmission line. When a fault occurs on power transmission line, it is very important to detect the fault location in order to restore the electricity as soon as possible to minimize the interruption of power supply. In this project, a simple fault location determination method is proposed based on impedance-based fault location techniques. The main idea of the method is by injecting two identical voltages to both end of fault phase transmission line, measuring the value of voltage and fault currents, and solving an equation to determine the fault location of the fault point. The mutual inductance effect toward the fault phase is ignored since there will be no current flow if the fault is not occur at the tested phase. This idea has been proved useful by using simulation and experiment in laboratory. The calculated fault location in simulation and experiment is independent from the fault current and the fault resistance. Besides, a fault location program is developed based on the fault location method proposed using C++ programming language. The program can be use to estimate the fault point on the transmission line using the information including line impedance, fault resistance and fault current. By using this program, the fault location on transmission line can be estimated quickly and accurately. For future development, it is hope that the fault location method can be used to determine fault location for all kind of faults for longer length of transmission line.
Contributor(s):
Wong Tai Tiong - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875002776
Language:
English
Subject Keywords:
transmission line; fault phase; simulation
First presented to the public:
3/1/2007
Original Publication Date:
9/5/2018
Citation:
Extents:
Number of Pages - 67
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-09-05 12:40:35.283
Date Last Updated
2019-01-03 16:01:07.356
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Kaedah pengesanan lokasi gangguan dalam talian penghantaran kuasa / Wong Tai Tiong1 2018-09-05 12:40:35.283