(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Pembangunan lengkung kadar pengangkutan endapan menggunakan fluvial-12

Pembangunan lengkung kadar pengangkutan endapan menggunakan fluvial-12 / Noorazlan Amat Sihab
Kesan pembangunan di sesuatu kawasan tadahan sungai akan menyebabkan peningkatan kadar aliran dan hakisan dasar atau keruk serta pemendapan dalam saluran sungai.Akibat daripada perkara tersebut akan menyebabkan ketidakstabilan saluran sungai di mana akan berlaku kegagalan tebing sungai atau kegagalan struktur perlindungan sungai serta pengurangan kapasiti saluran bagi mengalirkan banjir ke hilir.Oleh yang demikian, adalah perlu untuk meramalkan kestabilan saluran sungai yang akan berlaku akibat pembangunan sedia ada atau pun akan datang di sesuatu tadahan sungai.Kajian ini melibatkan beberapa lokasi di Sungai Kulim,Kedah.Secara amnya, objektif utama kajian ini adalah untuk membangunkan lengkung kadar pengangkutan endapan dengan menggunakan perisian Fluvial-12. Sesuatu lengkung kadar endapan dapat memberi gambaran tentang keupayaan sungai membawa endapan bagi sesuatu lokasi atau stesyen. Pembangunan lengkung kadar endapan penting dalam memastikan pengujian kestabilan di hilir sungai sama ada ianya berlaku disebabkan proses semulajadi atau hasil aktiviti manusia.Beberapa set data yang merangkumi data untuk pengangkutan endapan seperti bahan dasar, beban terampai, dan beban dasar serta kadar aliran diperlukan dalam membangunkan lengkung kadar pengangkutan endapan ini.Pencerapan juga dijalankan bagi penentuan perubahan dasar keratan rentas sungai di beberapa lokasi yang berkenaan.Data yang dikumpulkan akan dianalisa bagi memilih persamaan pengangkutan endapan yang meramalkan kadar endapan yang paling hampir dengan kadar endapan yang dicerap.Seterusnya, berdasarkan persamaan-persamaan terbaik tersebut beserta maklumat di atas, satu lengkung kadar endapan akan di bangunkan bagi kawasan kajian tersebut. _______________________________________________________________________________________________________ Development which takes place in river catchment areas will result in discharge and bed erosion increment or scouring and deposition.The matter stated above will result in the unstability in the river channel.When this happens, there will be failures to the river bank or in the river protection structure and reduce the channel capacity to flow the flood to downstream.Therefore, it is necessary to predict the river channel stability that will happen due to the existing development or the one which will take place in the future in a river catchment area.This study covers several locations at Sungai Kulim in Kedah.In general, this study is conducted to develop sediment rating curve using Fluvial-12 software.The development of sediment rating curve is quite important to check the stability of the reach in response to catchment changes either due to human interference or natural processes.Sediment transport data including bed load, bed material, suspended load and channel cross section is taken at several stations along Sungai Kulim to asses the available sediment transport equations and develop the sediment rating curve.
Contributor(s):
Noorazlan Amat Sihab - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875002872
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
river; deposition; downstream
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
9/14/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 95
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-09-14 17:03:55.272
Date Last Updated
2020-09-14 17:05:46.858
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Pembangunan lengkung kadar pengangkutan endapan menggunakan fluvial-121 2020-09-14 17:03:55.272