(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Pembangunan meter maya bagi pengukuran kabel kuasa/Marini Mustaffa

Pembangunan meter maya bagi pengukuran kabel kuasa_Marini Mustaffa _E3_2006_NI
Projek ini bertujuan untuk membina dan merekabentuk suatu alat pengukur arus pada kabel yang terselindung pada dinding mahupun di dalam tanah. Terdapat dua bahagian yang terlibat dalam membangunkan alat pengukur arus pada kabel kuasa ini iaitu bahagian perkakasan serta perisian. Pada bahagian perkakasan, pengesan arus yang digunakan direkabentuk berdasarkan kesan Hall yang terdapat pada aliran arus di dalam kabel kuasa tersebut. Pengesan arus ini dapat mengesan arus tinggi sebanyak 50 A. Keluaran bagi pengesan arus ini bergantung kepada nilai voltan yang diperolehi untuk mendapatkan arus sebenar pada kabel tersebut. Voltan maksimum keluaran bagi pengesan arus ini adalah 5V. Isyarat keluaran bahagian perkakasan akan digunakan sebagai isyarat masukan bagi bahagian perisian. Suatu sistem mikropengawal dengan menggunakan PIC 16F877 dibangunkan bagi memproses dan menganalisis data yang dicerap. Data yang dihantar dari bahagian perkakasan kepada bahagian perisian adalah secara perhubungan sesiri menggunakan kabel RS 232 pin DB9. Hasil daripada bahagian pemprosesan ini akan dipaparkan kepada pengguna melalui monitor komputer menggunakan aplikasi perisian Visual Basic versi 6.0 dan Hyper Terminal. Hyper Terminal adalah satu program yang digunakan untuk pengujian bagi penghantaran data dilakukan secara sesiri daripada bahagian perkakasan kepada bahagian perisian. Pengguna dapat mengukur dan mengambil bacaan arus, voltan dan kuasa pada kabel tersebut berdasarkan paparan ini. ______________________________________________________________________________________ The main purpose of this project is to design and develop a current measurement device for underground cables. There are two parts which involved in the developing of this current measurement device for power cables including hardware installation and software development. The current sensor is build based on Hall Effect in the flowing current of the power cables. This current sensor can sense high current up to 50A. This sensor is rely on electromagnetic field strength which develop constantly changing voltage vary in the range between 0 to maximum reading of 5V. Output of this current sensor depends on the voltage produce to get the actual current from the cable. Output signal from the hardware part will be use as an input signal for software development part. A microprocessor system using microcontroller PIC 16F877 is developed to analyze and process the implemented data. Data send from hardware to software part is in the form of serial communication using RS 232 pin DB9 cable. The result from the processor will be displayed to user through monitor using Visual Basic Version 6.0 ( Microsoft Programming ) as application program and Hyper Terminal. Hyper Terminal is a testing program for serial data transmission from hardware to software. User can measure and takes current, voltage and power reading of cable based on this visual.
Contributor(s):
Marini Mustaffa - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
Bahasa Melayu
Subject Keywords:
cables; sensor ; voltage
First presented to the public:
5/1/2006
Original Publication Date:
5/7/2019
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 64
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2019-05-07 12:46:12.595
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Pembangunan meter maya bagi pengukuran kabel kuasa/Marini Mustaffa1 2019-05-07 12:46:12.595