(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Pembangunan aplikasi sistem pencerapan data berasaskan sistem pelantar linux / Anuar Mustafa

Pembangunan aplikasi sistem pencerapan data berasaskan sistem pelantar linux_Anuar Mustafa_E3_2005_NI
Projek ini merupakan satu proses pembangunan aplikasi untuk mencerap data dengan menggunakan Linux sebagai sistem pelantar. Linux digunakan sebagai sistem pelantar utama untuk membina aplikasi penghasilan data, penghantaran data dan juga sebagai penganalisa data. Pembinaan proses-proses ini adalah dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan C sebagai bahasa pengaturcaraan utama. Di samping itu program-program sampingan yang lain yang telah sedia ada dalam sistem pelantar Linux yang dapat membantu dalam pembinaan sistem pencerapan data ini turut sama digunakan. Projek ini dihasilkan dengan tujuan untuk menganalisa data yang terhasil dalam masa nyata. Dengan kata lain projek ini dihasilkan dengan tujuan untuk menghasilkan satu aplikasi sistem pencerapan data yang dapat dihubungkan antara dua buah komputer dengan menggunakan sistem pelantar Linux sebagai medium utama. Sistem pelantar Linux digunakan selaras dengan penggunaannya yang semakin meluas dalam industri moden sekarang ini berbanding dengan sistem pelantar Window. Projek yang dihasilkan ini merupakan sistem yang dapat membaca data, memproses data yang diperolehi dan menyimpannya dalam storan utama. Sistem pencerapan data yang mudah ini merupakan proses dalam keadaan masa nyata yang akan mengumpul data dengan menggunakan proses simulasi penghasilan jujukan data, sistem perhubungan sesiri antara dua buah komputer, pemprosesan data yang diterima dan penyimpanan di dalam fail yang tertentu di dalam komputer. _________________________________________________________________________________________ This project is about the development of an application for data acquisition by using Linux as the platform. Linux is used as a platform to develop applications on data logger, data communication and the analyse of data. The development of these processes is by using C programming language as the main programming. Other than that, some other programs in the Linux is used to help in the development of this data acquisition. The objective of this project is to analyse data on a real-time system. In other words, the development of this project is to create an application on data acquisition which can be connected between two computers by using Linux as the main platform. Linux is being used in conjunction with the widely used of Linux operating system in modern industries other than Windows operating system. The project that being developed can read a sequence of data, process the data received and save them in a file. This simple data acquistion system is a real-time system which consists of data collecting from a data generating simulation process, the serial communication between two computers, the data processing and the output storage in the computer.
Contributor(s):
Anuar Mustafa - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Language:
English
Subject Keywords:
data acquisition; data communication; simulation process
First presented to the public:
3/1/2005
Original Publication Date:
8/27/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 90
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-08-27 12:51:19.974
Date Last Updated
2019-01-07 11:24:32.9118
Submitter:
Nor Hayati Ismail

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Pembangunan aplikasi sistem pencerapan data berasaskan sistem pelantar linux / Anuar Mustafa1 2018-08-27 12:51:19.974