(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Electrical & Electronic Engineering >

Pedal power energy harvesting

Pedal power energy harvesting / Syeikh Muhammad Haziq Sah Azmi
Tenaga yang boleh diperbaharui memainkan peranan penting dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau seperti bio bahan api, solar, dan angin. Tenaga ini bersih dan menguntungkan, tetapi hanya terletak di kawasan terpencil sahaja. Contohnya, pada hari-hari mendung atau ketika fenomena bencana berlaku pengunaan panel solar bukanlah cara yang efisien untuk menuai tenaga dan menyebabkan di mana mangsa bencana tidak dapat memperoleh tenaga elektrik. Tenaga yang sedia ada terus digunakan oleh pengguna sehingga habis. Oleh itu, projek ini mencadangkan menjana kuasa elektrik sendiri dengan basikal semasa keadaan kecemasan berlaku. Projek ini telah diilhamkan berdasarkan Taufan Maria yang menghancurkan bandar kecil di pergunungan pusat Puerto Rico, di mana taufan memutuskan talian kuasa di seluruh kawasan itu. Penukaran tenaga makanan kepada tenaga mekanikal luaran semasa aktiviti fizikal mempunyai kecekapan dalam julat 2.6 - 6.5%, bergantung kepada jenis aktiviti fizikal yang dilakukan. Daripada pelbagai teknik pemulihan tenaga yang wujud, generasi tenaga mengayuh basikal menunjukkan julat yang paling besar untuk pemulihan berskala besar. Tenaga kinetik yang dihasilkan oleh gerakan mengayuh basikal menghasilkan sejumlah besar voltan sehingga 15V hingga 30V. Walau bagaimanapun, disebabkan voltan keluaran yang dihasilkan oleh penjana adalah terlalu besar, pengawal voltan perlu dimasukkan untuk mengawal selia voltan yang dijana oleh penjana arus terus magnet tetap ke paras voltan dan arus tertentu supaya ia dapat digunakan dengan mudah untuk mengecas bateri tanpa merosakkannya. Arduino Mega digunakan untuk mengawal kelajuan kayuhan dan voltan di hasilkan,serta memutuskan bekalan apabila bateri dicas penuh. Akhirnya, kesan kelajuan kayuhan yang berbeza dan pengeluaran elektrik juga disiasat. Pada akhir kajian ini, didapati bahawa kelajuan basikal yang perlahan memberikan kecekapan yang tinggi untuk menuai tenaga, tetapi ia mengambil masa yang panjang untuk mengisi penuh bateri. Jumlah kuasa yang dihasilkan pada keadaan ini ialah 7.392W. Jumlah tenaga ini cukup untuk mengecas telefon bimbit, menyalakan lampu LED dan kipas berkuasa rendah semasa keadaan kecemasan. _______________________________________________________________________________________________________ Renewable energy plays an important role in reducing greenhouse gas emissions such as biofuels, solar, and wind. They are favorable and located in remote area. For example, on cloudy days or when any disaster phenomenon occurs solar is not an efficient way to harvest energy and leads to where the victim of the disaster cannot reach for electricity. The temporary energy keeps used by the user until it’s drain out. Therefore, this project proposes generate our own power by cycling during emergency situation happened. This project was inspired based on Hurricane Maria which devastated the small town in the mountains of central Puerto Rico, where the hurricane downed power lines throughout the area. The conversion of food energy to external mechanical energy during physical activity has efficiencies in the range of 2.6 - 6.5%, depending on the type of physical activity being performed. Out of the variety of energy recovery techniques that exist, pedal motion electricity generation shows the most promise for large-scale recovery. The voltage produced is up to 15V to 30V. However, due to that output voltage produce by the generator is more than battery charging requirement, a voltage regulator is need to be included to regulate the voltage generated by permanent magnet direct current generator to a certain voltage and current level so it can be readily use to charge up the battery without harm it. An Arduino Mega is used as controller to isolate the speed and voltage in order to control the cut off voltage when the battery is full. In the end, the effect of different speed of pedaling on electrical production is also investigated. In the end of this research, it is found that slow cycling speed gives high efficiency to harvest energy, but took long time to full charge the battery. The amount of power generated at this condition was 7.392W. This amount of energy enough to charge up mobile phone, light up low power LED light and fan during emergency situation.
Contributor(s):
Syeikh Muhammad Haziq Sah Azmi - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875007672
Language:
English
Subject Keywords:
Renewable energy; reducing; greenhouse gas
First presented to the public:
6/1/2018
Original Publication Date:
8/7/2018
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Electrical & Electronic Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 79
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2018-08-09 11:57:04.146
Date Last Updated
2019-01-07 11:24:32.9118
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Pedal power energy harvesting1 2018-08-09 11:57:04.146