Kajian terkini memunjukkan pengotoran membran tidak dapat dipulih telah mengehadkan aplikasi membran PES dalam proses rawatan air untuk menyahkan asid humik. Banyak kajian telah dijalankan sebelum ini dan rata-rata telah membuktikan bahawa pengotoran membran boleh ditangani dengan meningkatkan hidrofilik membran PES. Antara cara peningkatan hidrofilik membrane yang paling dikajikan oleh pengaji adalah pencampuran zarah nano titanium dioksida (TiO2) yang murah dan mudah diperolehi. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian yang dibuat berfokus pada membran kepingan rata dan penggunaakan membran jenis ini adalah terhad dalam industri. Oleh itu, kajian ini dibuat bertujuan untuk menyediakan membran PES jenis serat berongga dengan menggunakan bilangan TiO2 yang berlainan. Pencampuran zarah nano TiO2 dalam membran PES telah membuktikan bahawa hidrofilik membran dapat ditingkatkan selain meningkatkan stabiliti membran serat berongga terhadap haba atas sebab penyebaran zarah nano TiO2 yang rata pada seluruh membran. Apabila prestasi membran diuji dengan larutan asid humik 50 mg/L pada pH 7.7, fluks yang tinggi diperoleh apabila bilangan TiO2 dalam membran rendah manakala penolakan asid humik tinggi apabila bilangan TiO2 tinggi. Selain itu, nisbah pemulihan fluks yang tinggi dan nisbah pengurangan fluks yang rendah diperoleh dalam membran yang banyak mengandungi TiO2. Di samping itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkajikan sifat nyahkotoran membran. Berdasarkan rintagan tidak dapat dipulih dan rintagan kotoran membrane, rintagan dalam S3 adalah paling rendah dan ini menunjukkan S3 dapat nyahkotoran dengan baik. Fluks asid humik S3 adalah 23.851 kg/m2.j di bawah tekanan transmembran setinggi 1 bar dengan penolakkan asid humik setinggi 97.89%. S3 adalah membran optimum berdasarkan fluks dan penolakan asid humik yang dapat diterima dan sifat penyahkotorannya yang sangat baik.
_______________________________________________________________________________________________________
Recently, studies showed that the irreversible fouling of membrane limited the application of PES membrane in the application of water treatment for removal of humic acid. Large amount of study being performed previously and it been well proven that the fouling of membrane can be mitigated by improving the hydrophilicity of the PES membrane. One of the most studied method to improve PES membrane hydrophilicity is through blending of TiO2 nanoparticle which is a low cost and widely available nanoparticles. However, most of the research regarding PES/TiO2 mixed matrix membrane is being done in flat sheet configuration. Compared to hollow fiber, flat sheet has much limited real application. Looking at this situation, this study has fabricated PES hollow fiber membrane using different TiO2 loading. The blending of TiO2 nanoparticle into the PES membrane is proven to improve the hydrophilicity of the membrane as well as improve the thermal stability of the hollow fiber (HF) membrane due to the well dispersion of TiO2 through the membrane. When the membrane performance is being tested using 50 mg/L of humic acid (HA) solution at pH 7.7, high flux is obtained at lower TiO2 loading but higher HA rejection is obtained at high TiO2 loading. Moreover, at highest TiO2 loading the flux recovery ratio (FRR) can increase up to 99.027 % and the recovery flux ratio (RFR) can reduce to as low as 4.175 %. This indicate that membrane with high TiO2 loading has greater performance. Nevertheless, the intention of this study is to evaluate the anti-fouling properties of the membrane. Based on irreversible resistance and fouling resistance found on the membrane, the resistance on S3 is the lowest showing that it’s most anti-fouling. The S3 membrane has HA permeate flux of 23.851 kg/m2.h under transmembrane pressure of 1 bar with HA rejection up to 97.89 %. S3 is optimum justified based on its acceptable trade-off between permeate flux and HA rejection despite its excellent fouling resistance properties.