(For USM Staff/Student Only)

EngLib USM > Ω School of Civil Engineering >

Evaluation of the combined effects of ageing and moisture on asphalt mixtures using image analysis

Evaluation of the combined effects of ageing and moisture on asphalt mixtures using image analysis / Chew Bean Guan
Asfalt campuran suam (WMA) adalah teknologi asfalt lestari yang telah dimajukan sejak kebelakangan ini. Ia bertujuan mengurangkan kos penghasilan asfalt, penggunaan tenaga serta pelepasan gas toksik. Beberapa isu yang berkaitan dengan pelaksanaan asfalt campuran suam meliputi pengaruhnya kepada kelembapan dan ubah bentuk kekal. Justeru, kajian yang lebih mendalam diperlukan untuk menilai ciricirinya. Kajian ini menilai kesan gabungan penuaan dan kelembapan ke atas HMA dan WMA dengan gabungan 0.3% bahan tambah suam yang dinamai Cecabase. Spesimen WMA dicampur pada suhu 140oC dan 120oC. Spesimen kemudiannya didedahkan kepada dua jam pelaziman suhu manakala separuh daripada jumlah bilangan spesimen kemudiannya melalui proses penuaan secara jangka panjang. Spesimen tanpa penuaan dan penuaan didedahkan kepada tiga pelaziman kelembapan yang berbeza iaitu kering, satu kitaran beku-cair dan tiga kitaran beku-cair. Selepas itu, ujian ricih Leutner dan ujian separuh lenturan bulat dijalankan ke atas spesimen. Selepas ujian, imej permukaan pecah spesimen diambil dan kemudian analisis imej dijalankan menggunakan perisian ERDAS IMAGINE versi 9.1. Daripada analisis imej, spesimen yang melalui proses penuaan dan pelaziman mempamerkan peratus kegagalan pelekatan yang paling tinggi, manakala spesimen yang tidak didedahkan kepada penuaan dan pelaziman mempamerkan peratus kegagalan pelekatan yang paling rendah. Ini bermakna kegagalan pelekatan meningkat dengan bilangan kitaran pembekuan dan pencairan yang berganda. Proses penuaan meningkatkan kekuatan tegangan dan daya ricih campuran asfalt manakala proses pembekuan dan pencairan menghasilkan keputusan sebaliknya. Juga didapati, HMA mempamerkan rintangan kelembapan yang lebih tinggi berbanding dengan WMA. Peratus pemecahan agregat tiada bergantung kepada proses penuaan dan kaedah pelaziman. _______________________________________________________________________________________________________ Warm Mix Asphalt (WMA) is a sustainable asphalt technology that has been developed recently. It is aimed to reduce asphalt production cost, energy consumption as well as toxic gas emissions. Some issues associated with the implementation of WMA includes its susceptibility to moisture and rutting. Hence, a detailed study is required to assess its properties. This study evaluated the combined effects of ageing and moisture on HMA and WMA incorporating 0.3% warm additive named Cecabase. The WMA specimens were mixed at 140oC and 120oC. Compacted specimens were then subjected to two hours of temperature conditioning, while half of the specimens were then subjected to long term ageing. Three different moisture conditioning namely dry, one freeze-thaw cycle and three freeze-thaw cycles were induced on the unaged and aged specimens. Upon conditioning, specimens were then tested for Leutner shear and semicircular bending (SCB). After the test, images of fractured asphalt specimen surfaces were captured and image analysis was carried out using ERDAS IMAGINE version 9.1. From the image analysis, the results showed that aged and conditioned specimens exhibited the highest adhesive failure while unaged and unconditioned specimens exhibited the lowest adhesive failure. The magnitude of adhesive failure increases with multiple cycles of freezing and thawing. The ageing process increased specimen tensile strength and shear force, while the freezing and thawing process resulted in the opposite. It was also found that HMA exhibits higher moisture damage resistance compared to WMA. The percentage broken aggregates was independent of ageing and moisture conditioning.
Contributor(s):
Chew Bean Guan - Author
Primary Item Type:
Final Year Project
Identifiers:
Accession Number : 875005521
Language:
English
Subject Keywords:
(WMA); reduce; cost
First presented to the public:
6/1/2015
Original Publication Date:
7/24/2020
Previously Published By:
Universiti Sains Malaysia
Place Of Publication:
School of Civil Engineering
Citation:
Extents:
Number of Pages - 111
License Grantor / Date Granted:
  / ( View License )
Date Deposited
2020-07-24 09:48:07.198
Submitter:
Mohd Jasnizam Mohd Salleh

All Versions

Thumbnail Name Version Created Date
Evaluation of the combined effects of ageing and moisture on asphalt mixtures using image analysis1 2020-07-24 09:48:07.198